Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan serangan bom petrol di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya petang Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang semalam.
"Mahkamah Petaling Jaya telah membenarkan permohonan perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Seorang cedera dalam serangan bom petrol di Kota Damansara
Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30-an cedera dalam serangan kira-kira 4.15 petang itu setelah satu daripada dua bom petrol atau 'molotov cocktail' yang dibaling di hadapan kaunter bar kelab malam itu meletup.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zani berkata pihaknya turut menahan dua beradik lelaki yang dipercayai menumbuk dan menyamun seorang wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan SS 9/7, Sungai Way di Petaling Jaya 9.30 malam tadi.
Mohd Zani berkata wanita yang berjalan bersendirian itu secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka manakala seorang lagi suspek merampas telefon bimbit milik mangsa.
Seorang daripada suspek ditangkap orang awam di tempat kejadian setelah mangsa menjerit dan meminta tolong manakala saudaranya ditangkap di Jalan SS 9A/9, Seri Setia pada pukul 11.15 malam.
"Polis turut merampas satu unit telefon bimbit Samsung Galaxy J daripada suspek. Kedua-dua beradik berusia 23 dan 25 tahun yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan," katanya.
Katanya pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 23 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana menyebabkan kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30-an cedera dalam serangan kira-kira 4.15 petang itu setelah satu daripada dua bom petrol atau 'molotov cocktail' yang dibaling meletup.- Foto PDRM
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.