KOTA BHARU: Dua lelaki berusia 20an hingga 30an ditahan polis bagi membantu siasatan penemuan mayat dengan tangan terikat dan muka diserkup dengan kain di Sungai Golok berdekatan Kampung Simpangan, Tumpat, 6 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di sekitar Tumpat kelmarin.
"Pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki tempatan yang kita percayai boleh membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat itu.
"Kita juga masih memburu dua lagi suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan," katanya di sidang media mengumumkan rampasan pil yaba di Ibupejabat Kontinjen Polis Kelantan di sini pagi tadi.
"Kita juga masih menyiasat motif kejadian namun kedua-dua yang kita tahan itu mengenali mangsa," jelasnya.
Pada 6 Mei lalu, media melaporkan penemuan mayat lelaki dengan tangan, kaki diikat serta muka ditutup dengan ikatan kain ditemukan di tebing Sungai Golok.
Mayat berkenaan ditemukan oleh orang awam.
Mayat berkenaan dipercayai berusia lingkungan 30-40an ditemukan dalam keadaan terlungkup di kawasan berkenaan.
Sementara itu, operasi mengesan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Kelantan yang hilang masih diteruskan petang ini.
Operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan hampir 50 orang anggota membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Polis, Angkatan Pertahanan Awam dan lain lain.
Semalam media melaporkan penjawat awam yang berusia 46 tahun bertindak terjun ke Sungai Kelantan dari atas jambatan Sultan Yahya Petra di sini.
Muhammad Zaki pada masa sama menafikan tindakan yang dilakukan mangsa disebabkan tekanan tugas.
Mangsa meninggalkan motosikalnya di atas jambatan itu sebelum bertindak terjun ke dalam sungai.
Muhafandi Muhamad
Tue May 17 2022
![Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652780965_Zakiharun.jpg)
Muhammad Zaki berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di sekitar Tumpat kelmarin. - Foto Astro AWANI
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Identiti mayat lelaki terikat dalam stor sedang dikenal pasti Identiti mayat lelaki terikat dalam stor sedang dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687771402_mayat.jpg)
Identiti mayat lelaki terikat dalam stor sedang dikenal pasti
Polis sedang mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan kaki serta tangan terikat, di tingkat atas sebuah rumah yang dalam proses ubah suai, semalam.
![Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652780965_Zakiharun.jpg)
Dua lelaki ditahan bantu kes penemuan mayat terikat, muka diserkup
Kedua-dua suspek berkenaan ditahan di sekitar Tumpat kelmarin.
![Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549979709_IbuMasitah.jpg)
Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah
Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya.