Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya sehingga anak ketiganya itu menjadi korban.
Malah Solihah Abdullah terkejut dengan pengakuan suspek lelaki 23 tahun yang dianggap seperti adiknya itu kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya.
Katanya, pada hari kehilangan Siti Masitah 30 Januari lalu, lelaki terbabit datang ke rumahnya seperti biasa.
Ketika ditahan penduduk kampung, lelaki itu menafikan dia menaiki motosikal dengan Siti Masitah, walaupun ada penduduk kampung melihat mereka bersama sebelum kanak-kanak itu hilang.
Solihah berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan suspek yang berpindah ke kampung lain sejak dua tahun lalu, dan terkejut melihat kelibatnya di kampung itu pada hari anaknya hilang.
Katanya lagi, sebelum berpindah, lelaki itu juga kerap ke rumahnya untuk makan dan menganggapnya sebagai adik sendiri.
"Demi Allah, saya tidak tahu. Hendak bagi saya Quran itu, dia anak saya pun. Saya berani bersumpah saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Tiba-tiba dia bercakap macam itu.
“Sudah buat anak saya macam itu lepas itu cakap macam itu pulak. Demi Allah saya berani sumpah Quran tidak pernah gaduh dengan dia, sikit pun tidak ada,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun, Solihah berkata dia menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada pihak polis.
Pada Sabtu lalu, mayat Masitah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang dalam keadaan tangan terikat.
Mayat yang dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumahnya itu dipercayai mati dibunuh dengan kejam.
Susulan itu polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Tue Feb 12 2019
Solihah Abdullah terkejut dengan pengakuan suspek lelaki 23 tahun yang dianggap seperti adiknya itu kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya. - Foto Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah
Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya.