KOTA BHARU: Dua beradik lelaki warga Pakistan cedera dilibas dengan parang dalam satu cubaan samun dekat Kampung Periok, Chabang Empat di Tumpat hari ini.


Ringkasan AI
  • Dua beradik lelaki warga Pakistan cedera dilibas dengan parang dalam cubaan samun di Kampung Periok, Chabang Empat, Tumpat.
  • Mangsa berusia 26 dan 33 tahun mengalami kecederaan pada tangan, dengan salah seorang cedera parah di lengan kiri. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut.
  • Suspek menggunakan kenderaan Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897. Polis sedang mengesan pemilik kenderaan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 26 dan 33 tahun itu sedang menjaga kedai mereka, sebelum dua lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang menyerbu kedai tersebut.

"Mangsa bertindak melawan kedua-dua suspek sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada tangan akibat dilibas senjata itu.

"Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri, manakala seorang lagi cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan kamera litar tertutup ditempat kejadian mendapati suspek mengunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897.

Pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA