KOTA KINABALU: Sabah akan menyaksikan dua lagi penubuhan taman perindustrian baharu sebagai usaha untuk terus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan industri negeri selaras dengan pendekatan mesra pelabur yang diamalkan kerajaan negeri ketika ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata dua taman perindustrian baharu itu, masing-masing akan dibangunkan di Kimanis bagi industri minyak dan gas, selain antara kawasan Kota Marudu dan Kota Belud bagi taman perindustrian biasa.
Katanya penubuhan taman perindustrian baharu itu dilakukan susulan dua taman perindustrian sedia ada iaitu Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu telah hampir penuh.
"Usaha ini juga seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang bertekad untuk memperhebatkan lagi pembangunan Sabah selain menambah baik kualiti hidup rakyat menerusi pelaksanaan program dan inisiatif meliputi pelbagai sektor pembangunan," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.
Pada majlis itu, seramai 50 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat masing-masing.
Hajiji berkata agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif meskipun baru tiga tahun menerajui Sabah.
Katanya kejayaan turut dicapai dalam pelbagai sektor yang diberi keutamaan menerusi SMJ seperti perindustrian, pertanian dan pelancongan termasuk pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir dalam aspek pendidikan dan peluang pekerjaan.
Berdasarkan laporan Statistik Perdagangan Luar Sabah, Hajiji berkata negeri itu mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM118.1 bilion pada 2022 merangkumi eksport sebanyak RM77.2 bilion dan import RM40.9 bilion, dengan lebihan dagangan RM36.2 bilion.
Dari segi eksport, katanya ia membabitkan produk perdagangan utama seperti petroleum mentah, minyak sawit dan gas asli cecair manakala import melibatkan jentera dan kelengkapan pengangkutan, makanan serta barangan keluaran kilang.
Dalam aspek pelancongan, Hajiji berkata jumlah ketibaan pelancong ke Sabah semakin meningkat iaitu seramai 1.4 juta pengunjung dalam tempoh Januari hingga Julai lepas, dengan pelancong tempatan seramai 999,129 dan antarabangsa 424,052 orang.
Katanya perkembangan itu jelas menunjukkan sektor pelancongan di Sabah terus merekodkan pertumbuhan yang kukuh untuk tahun ini dan masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Hajiji berkata agenda pembangunan negeri kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif meskipun baru tiga tahun menerajui Sabah. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia Travel Fair 2020 bantu pulihkan industri pelancongan
Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan melancarkan Malaysia Travel Fair 2020 yang menumpukan sektor pelancongan domestik susulan kesan yang diterima akibat penularan wabak COVID-19.