Dua lagi pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, di sini apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat itu hilang kawalan dan merempuh tembok tol dalam kejadian 12.55 pagi tadi.
Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 15 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata mangsa yang maut adalah Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Kuala Lumpur ke Shah Alam itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di plaza tol berkenaan.
"Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang daripada menyambut hari lahir Noor Hidayah yang jatuh pada tanggal 18 Feb, iaitu semalam.
"Fathurezza Khoirul Huda dan Noor Hidayah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan berikutan kereta yang dinaiki mereka remuk teruk pada bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baharudin berkata mayat kedua-dua sahabat itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, ramai pengguna laluan itu menyuarakan kebimbangan risiko kemalangan dan menggesa pihak berwajib merobohkan segera Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau yang kini tidak lagi beroperasi.
Bagaimanapun, PLUS Malaysia Berhad, selaku entiti bertanggungjawab menjangkakan perobohan struktur binaan kedua-dua plaza tol itu akan selesai pada hujung Mac ini.
Menurut entiti itu, kerja-kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papan tanda serta aset lain akan dilakukan terlebih dahulu sebelum perobohan struktur fizikal bermula.
Kutipan tol di kedua-dua plaza tol berkenaan dimansuhkan bermula 1 Jan lepas susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 pada Oktober 2017. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 19 2018
Suasana Plaza Tol Batu Tiga yang telah ditutup sepenuhnya pada awal tahun baru-baru ini. - BERNAMA
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Dua lagi maut kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga
Mangsa yang maut adalah Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31 tahun, dan Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27.