Dua kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini, ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

1. Dua kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

2. Sebanyak 13 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,083 kes.

3. Sembilan kes baharu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu lima warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara. Empat kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu dua kes daripada Kluster PUI Sivagangga, satu kes daripada Kluster Kurau dan satu kes daripada Kluster Meranti.

4. Sebanyak sembilan kes COVID-19 pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 8,784 kes (96.71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 125 kes.