KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan dua kluster baharu di negeri itu melibatkan rumah panjang di daerah Subis, Miri dan daerah Tatau, Bintulu.
Kedua-dua kluster komuniti dikenali sebagai Kluster Bali Pie, dan Kluster Jalan Samarakan itu dikesan melalui pergaulan sosial rapat dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
Kluster Bali Pie dikenal pasti selepas sejumlah 234 individu telah disaring dari dua buah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Bakas, Sibuti, Subis
“Hasil saringan 62 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 181 kes didapati negatif.
"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan CAC Klinik Kesihatan Tudan serta dimasukkan ke Hospital Miri serta PKRC Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam laporan harian COVID-19 pada Khamis.
Sementara Kluster Jalan Samarakan, Tatau melibatkan sebuah rumah panjang yang juga di bawah PKPD di Jalan Samarakan, dikesan melalui ujisan saringan sejumlah 79 individu.
“49 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, manakala 28 kes didapati negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal.
"Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke Hospital Bintulu serta PKRC Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” terangnya.
Kemas kini kenyataan JPBN Sarawak juga memaklumkan, jumlah keseluruhan kluster aktif adalah sebanyak 77 dengan 67 kluster tidak merekodkan penambahan kes dalam tempoh 14 hari.
Secara keseluruhan Sarawak mencatatkan penambahan 631 kes baharu COVID-19 hari ini dan sejumlah 387 daripada jumlah kes telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Kuching, Miri, Sri Aman, Sibu dan Tatau menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 53,631 kes.
Malah, empat kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada seramai 334.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Jun 10 2021

Kedua-dua kluster komuniti dikenali sebagai Kluster Bali Pie, dan Kluster Jalan Samarakan itu dikesan melalui pergaulan sosial rapat dan kontak rapat dalam kalangan penduduk. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2
Sejumlah 82.61 peratus bersamaan 1,159 daripada 1,403 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini adalah tergolong dalam kategori 1 dan 2.

COVID-19: 29 lagi kluster dikenal pasti, 6 daripadanya di Selangor
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 29 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

COVID-19: 41 lagi kluster dikenal pasti, tempat kerja penyumbang tertinggi
Sebanyak 22 kluster tempat kerja dikenal pasti selain 10 kluster komuniti, tujuh kluster kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster pendidikan.

COVID-19: 30 kluster baharu, majoriti melibatkan tempat kerja, komuniti
Dengan pertambahan 30 kluster baharu itu, ia menjadikan 3,761 kluster direkodkan sejak wabak ini mula melanda negara.

COVID-19: 34 lagi kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 34 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

COVID-19: Majlis pengebumian, rentas negeri cetus kluster komuniti
Kes indeks merupakan wanita tempatan berusia 53 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari Selangor ke Johor pada 9 Julai lepas bagi menghadiri majlis pengebumian.

COVID-19: Kluster komuniti atasi kluster tempat kerja - Dr Noor Hisham
Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.

COVID-19: 26 kluster baharu dikesan, 876 kluster kekal aktif
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh kluster merupakan kluster komuniti dan empat lagi kluster kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: 13 kluster tempat kerja dominasi 19 kluster baharu
13 kluster merupakan kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu lagi kluster kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: 18 kluster baharu dilaporkan, majoriti kluster komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 850 kluster COVID-19 masih lagi aktif ketika ini.