Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes itu.
JKNPP berkata semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE khususnya daripada lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah SPS bagi membendung wabak tersebut.
"Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018. Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit itu," menurut kenyataan itu.
Katanya, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terlibat dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi, bermula 12 Mei lepas.
Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus juga akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa, katanya.
JKNPP turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE antaranya melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit JE.
Penyakit JE adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia, namun transmisi virus tersebut tidak boleh berlaku daripada manusia atau individu yang dijangkiti kepada manusia lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020

Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang
Dua kes JE dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).