Lebih dua juta buku telah dijual sepanjang berlangsungnya pesta buku terbesar dunia, Big Bad Wolf (BBW) 2012 di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.
Kini hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum berakhirnya jualan 63 jam tiga hari terakhir.
Pengarah BBW 2012 Andrew Yap berkata, meskipun sudah menjual lebih dari 2 juta buku ia masih belum melepasi sasaran asal.
Jelas beliau, untuk mendapatkan kembali modal perniagaan sekurang-kurangnya 2.5 juta buku perlu dijual.
“Kita perlukan sokongan dari masyarakat kerana jika kita tidak mendapat sokongan sepenuhnya, sukar untuk kita melakukan jualan murah seperti ini lagi,” kata Andrew.
Justeru katanya peluang perlu diambil bagi mendapatkan koleksi buku dari pelbagai negara dengan harga serendah RM2.
Setakat ini, BBW dikunjungi lebih 400,000 pengunjung dan ia yakin dapat mencapai sasaran 500,000 pengunjung.
Sementara itu, orang ramai berharap agar penganjuran jualan buku seperti ini diadakan lebih kerap.
Seorang pengunjung, Sri Dhandapaamy mencadang jualan sebegini perlu diadakan untuk memupuk budaya membaca di kalangan orang ramai.
Haziq Abd Aziz pula memuji buku-buku yang terdapat di jualan BBW, sambil berkata ia menjadi kerugian jika hadir ke pesta buku ini.
Bagi seorang lagi pengunjung, Kok Munwee, beliau berpendapat jualan ini patut diadakan kerap dan bukan hanya setahun sekali bagi membolehkan orang ramai hadir.
Jualan buku murah bukan sahaja menguntungkan pembaca malah dapat meningkatkan budaya membaca dalam masyarakat.
Pada hari pertama pembukaan, lebih 10,000 pengunjung menyerbu pesta buku yang diadakan buat kali kelima di mana buku pelbagai genre dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura turut dijual.
Astro Awani
Sun Dec 23 2012


Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dua juta buku dijual di Big Bad Wolf 2012
Lebih dua juta buku telah dijual sepanjang berlangsungnya pesta buku terbesar dunia, Big Bad Wolf 2012 di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.