Dua pegawai polis berpangkat inspektor selain lima anggota ditahan bagi membantu siasatan membabitkan satu kes samun seorang ahli perniagaan Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, dua inspektor berkenaan iaitu seorang dari Maktab Teknik PDRM, Muar manakala seorang lagi pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya serta lima anggota lain iaitu seorang dari IPD Petaling Jaya, tiga dari Balai Polis Sea Park dan seorang dari Balai Trafik, Jalan Bandar.
"Mereka ditangkap pada 20 Mei dan direman selama empat hari bermula pada 21 hingga 24 Mei ini. Turut ditahan, empat lelaki termasuk seorang kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditangkap pada 21 Mei pula akan dibuat permohonan reman pada 22 Mei ini," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan.
Mazlan menjelaskan, kes ini merupakan susulan daripada seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan yang membuat laporan polis pada 4.40 petang Ahad lepas.
Lelaki berkenaan menyatakan terdapat sembilan individu telah datang dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman dari Bahagian Jenayah Perdagangan dan pegawai BNM serta mendakwa pengadu menjalankan kegiatan pengurup wang tanpa lesen perniagaan di premis perniagaannya di Jalan Silang.
Dalam kejadian itu, pengadu turut mendakwa dirinya dan empat orang pekerjanya telah digari selain telefon lelaki terbabit telah diambil serta wang tunai berjumlah RM4,000 yang disimpan di dalam peti simpanan juga dirampas.
Selain itu, Mazlan menjelaskan, suspek juga telah meminta wang berjumlah RM200,000 sekiranya pengadu mahu dilepaskan dan akibat ketakutan atas ugutan tersebut, pengadu telah menyerahkan wang yang diminta suspek.
Mazlan berkata, pihaknya memandang serius kes ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota PDRM termasuk orang awam yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah.
"Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019

Mazlan berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota PDRM termasuk orang awam yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah. - Gambar fail

Bazar Ramadan perkenal sistem tanpa tunai mudahkan peniaga dan pembeli - Fadillah
Fadillah menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah mesra pengguna serta memberikan kemudahan kepada peniaga dan pembeli.
AWANI Ringkas: Siasatan rasuah | Banjir Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KL Wellness City lancar bandar kesejahteraan, tawar hab perubatan bertaraf dunia
KL Wellness City melancarkan bandar kesejahteraan pertama di Malaysia yang menawarkan ekosistem kesihatan dan perubatan terintegrasi di Bukit Jalil.

ASEAN akan perkenal dasar EV standard, diumum semasa sidang kemuncak - Tengku Zafrul
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan inisiatif kemampanan serantau dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.
Ramadan di Turkiye - Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & Spice Bazar diserbu
Masjid Ulu mempunyai seni bina yang unik dengan 20 kubah besar yang tersusun dalam empat baris lima kubah. Apa yang menyebabkan Masjid ini mempunyai 20 Kubah?
Dialog Tiga Penjuru: Had jawatan PM, sepuluh tahun sahaja?
Hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun, wajar atau tidak? Impak kepada kestabilan politik, kelancaran pentadbiran dan hubungan kerajaan dan pembangkang? Penggal tetap jawatan PM, demokrasi lebih sihat dan elak salah guna kuasa? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
AWANI Sabah+: Kundasang destinasi pelancongan unggul
Jika ada hasrat bercuti di Sabah, sudah pasti Kundasang akan menjadi antara destinasi pilihan, baik pelancong di dalam mahupun luar negara.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Johor dilanda gelombang banjir, lima daerah terjejas teruk
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nuraqilah Omar membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Johor yang semakin memburuk.

Mohamad Hasan, Kao bincang komitmen Malaysia terhadap kejayaan Kepengerusian ASEAN
Wisma Putra menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa perkara itu diketengahkan semasa pertemuan di pejabat Mohamad di Putrajaya.

SPRM tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000
Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.