SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas dan seorang wanita kerugian lebih RM680,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menawarkan keuntungan dua hingga lima peratus sebulan oleh sebuah syarikat melalui laman sosial.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan pada 2 Mac lepas daripada lelaki berusia 71 tahun itu yang mendakwa telah berurusan dengan pelaburan tersebut di Facebook dan WhatsApp dengan membuat bayaran ke dalam dua akaun bank sebanyak RM550,000.
"Mangsa kedua pula seorang wanita berusia 49 tahun yang membuat laporan polis pada 3 Mac memaklumkan telah berurusan dengan pelaburan sama melalui Instagram dan WhatsApp dan membuat bayaran di lima akaun bank dengan kerugian RM132,688," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan dua pemilik akaun pelaburan tersebut iaitu seorang lelaki dari Kuala Lumpur dan seorang wanita dari Sabah masing-masing berusia 44 tahun, pada 12 Mac lepas selain turut mengesan suspek lain yang terlibat.
Ahmad Dzaffir berkata setakat ini, sejumlah 25 kertas siasatan telah dibuka di seluruh Malaysia melibatkan modus operandi sama dengan jumlah kerugian RM4.2 juta.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi atau tidak masuk akal selain menyemak pendaftaran syarikat terbabit dengan polis atau Bank Negara Malaysia.
"Sekiranya menyedari ditipu, segera hubungi hotline National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan kejadian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Polis telah menahan dua pemilik akaun pelaburan iaitu seorang lelaki dari Kuala Lumpur dan seorang wanita dari Sabah. - Gambar hiasan
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Kes jenayah dalam talian meningkat lebih 35 peratus pada 2023
Jenayah e-Dagang merupakan penyumbang tertinggi jenayah dalam talian pada 2023 iaitu sebanyak 33.2 peratus, diikuti jenayah telekomunikasi.
Pegawai perubatan rugi lebih RM100,000 terperdaya tawaran kerja sambilan
Mangsa yang percaya dan tertarik dengan pulangan lumayan telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah laman sesawang.
Polis siasat penipuan saham 'Online Dimensional Investment' libatkan kerugian RM3.46 juta
Modus operandi suspek adalah memperdaya mangsa menyertai pelaburan itu melalui akaun pelaburan saham QFII yang dipanggil L-Trader Max.
Peniaga kerugian lebih RM200,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan atas nama Efinity Capital yang menawarkan keuntungan lumayan.