Polis menahan dua lelaki kerana disyaki mengugut seorang peniaga yang dikatakan memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang berusia 32 dan 36 tahun itu, masing-masing berasal dari Bandar Indera Mahkota dan Bukit Setongkol di sini, ditahan selepas mangsa membuat laporan pada 8.30 malam semalam.
"Siasatan awal mendapati suspek telah memarahi mangsa di kedainya di sini, kerana marah dengan komen mangsa di laman sosial Facebook yang disifatkan menghina institusi Diraja dan kemuliaan raja-raja Melayu.
"Mangsa juga mendakwa suspek ada mengeluarkan perkataan berunsurkan ugutan bagi menakut-nakutkan dia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata mangsa dalam laporannya mendakwa komen yang dikatakan menghina itu dimuat naik pada petang Khamis lepas, semasa membalas komen pada akaun milik rakannya yang tertera gambar Sultan Abdullah.
"Pengadu mendakwa telah memadamkan komen itu selepas menyedari gambar tersebut ialah gambar Yang di-Pertuan Agong. Dia mendakwa didatangi dua lelaki pada petang semalam yang menegur kelakuan tersebut.
"Mangsa seterusnya mendakwa dia didatangi empat lagi lelaki pada 4.30 petang semalam yang memaki hamun dan mengajaknya bergaduh disebabkan komen itu," katanya.
Menurut Mohamad Noor, siasatan berkaitan kes menghina Yang di-Pertuan Agong itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.
Semalam, sebuah video berdurasi seminit 37 saat tular di laman sosial yang memaparkan dua lelaki cuba meminta penjelasan daripada seorang lelaki yang didakwa menghina Sultan Abdullah di laman Facebook.
Ketua Polis Pahang Datuk Zakaria Ahmad meminta orang awam untuk tidak membuat tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 02 2019
Suspek yang berusia 32 dan 36 tahun itu, masing-masing berasal dari Bandar Indera Mahkota dan Bukit Setongkol ditahan selepas mangsa membuat laporan pada 8.30 malam semalam. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.