JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima lima laporan polis daripada lima warga Korea yang menjadi mangsa satu sindiket penjualan tiket penerbangan ke negara itu, sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima laporan polis itu dibuat di seluruh negeri ini membabitkan kerugian RM59,125.
Sehubungan itu, beliau berkata, seorang wanita warga Korea dan seorang warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Kita masih dalam siasatan (operasi sindiket Korea) bukan di Johor sahaja di seluruh Malaysia... di Sabah dan Kuala Lumpur juga ada, tapi yang kita dapat ambil tindakan di sini (Johor) berdasarkan laporan polis tersebut," kata Kamarul Zaman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Selasa.
Jelas Kamarul Zaman, hasil siasatan mendapati mangsa terbabit membuat pembelian tiket penerbangan untuk pulang ke Korea dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, menyedari mereka telah ditipu oleh suspek yang dipercayai membuka akaun bank agensi pelancongan yang palsu.
Katanya, sindiket yang didalangi warga Korea dan Malaysia itu menyasarkan warga negara terbabit yang berada di negara ini ketika tempoh PKP dan ingin pulang ke negara asal mereka.
Astro Awani
Tue May 24 2022
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima laporan polis itu dibuat di seluruh negeri Johor membabitkan kerugian RM59,125. - Gambar fail BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Sindiket tawar kad pemastautin tetap palsu tumpas
Seramai 13 individu ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan tujuh warga asing berusia antara 27 hingga 44 tahun.
Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket pelaburan saham
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam individu ditahan
Polis tumpas sindiket yang dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu dalam tangkapan berasingan.
707 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara diselamatkan
Sejumlah 707 mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air setakat semalam.
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat sindiket visa perubatan warga asing
EAIC menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing daripada beberapa negara.