Terpaksa bersesak dengan ribuan manusia di Lapangan Terbang Tenzing Hillary Lukhla, Nepal sejak Isnin lepas, akhirnya dua beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada 25 Mei lalu, tiba di tanah air malam Sabtu.
Mereka ialah Gan Siew Fern atau Jane, 27; dan adiknya Gan Siew Mei atau June, 26; yang gagal dikesan sebelum ini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.27 malam Sabtu menaiki pesawat AirAsia X, D7 193.
Jane berkata mereka yang berada di Lukhla untuk aktiviti pendakian ke kaki Gunung Everest (Base Camp) terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket penerbangan domestik ke Kathmandu.
"Ia satu pengalaman yang menyeksakan kerana terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan orang dalam keadaan yang kadang-kala bekalan elektrik terputus dan talian telekomunikasi yang terhad.
"Kami menunggu sejak Isnin dan hanya hari ini kami mendapat tiket dari Lukhla ke Kathmandu dan meneruskan penerbangan ke Malaysia malam Sabtu.
"Terima kasih kepada wakil kedutaan Malaysia di Kathmandu yang dikenali dengan nama Fadli kerana membantu kami...Tanpa pertolongan beliau, saya rasa kami tidak dapat pulang ke Malaysia lagi," katanya ketika ditemui di sini malam Sabtu.
Kedua beradik itu ke Nepal pada 21 April dan berjaya sampai ke Base Camp sebelum berlaku gempa bumi.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu.
Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku. Setakat in, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan kira-kira 8,000
orang cedera.
Bernama
Thu Apr 30 2015
Dua beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada 25 Mei lalu, tiba di tanah air malam Sabtu. - Gambar fail
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Dua beradik wanita gagal dikesan di Nepal tiba di Malaysia
Dua beradik wanita rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dikesan selepas kejadian gempa bumi kuat di negara itu pada 25 Mei lalu, tiba di tanah air malam Sabtu.