PETALING JAYA: Dua beradik direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang wartawan dan juga penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta di Damansara Perdana petang kelmarin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Syafiq Affandy Hassan bermula hari ini hingga Jumaat depan.
Terdahulu suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya 11.40 pagi tadi bagi proses permohonan reman berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Suprintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang ditahan ialah seorang lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun.
BACA: Dua beradik ditahan bantu siasatan kes samun penyampai berita
BACA: "Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret
Kedua-duanya ditahan di kawasan Puncak Alam, Shah Alam tengah hari semalam.
Hasil tangkapan, polis merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek.
Hasil semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod berkaitan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.
Suspek wanita pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Astro Awani
Sat May 07 2022
![Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651900083_Samunwartawan.jpg)
Suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi bagi proses permohonan reman. - Foto Astro AWANI
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651900083_Samunwartawan.jpg)
Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu
Dua beradik direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang wartawan dan juga penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta.