ALOR GAJAH: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Air Tanai, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa Zahrul Fitri Amer, 16 dan adiknya Afiq Wafiy, 4, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Ayer Paabas.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa terbabas dan telah melanggar tembok batu nama jalan di bahagian kiri laluan berkenaan.
“Temu bual bapa kepada kedua-dua mangsa memberitahu anaknya keluar dari rumah untuk ke kedai dan kedua-duanya tidak memakai topi keledar,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, katanya, motosikal yang digunakan juga remuk di bahagian hadapan dan jasad kedua-dua beradik itu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Aug 24 2021
![Dua beradik maut dalam perjalanan ke kedai Dua beradik maut dalam perjalanan ke kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629777311_DuaBeradikMaut.jpg)
Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Air Tanai, di sini malam tadi. -Foto PDRM
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Dua beradik maut nahas motosikal, MPV Dua beradik maut nahas motosikal, MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736326796_Duaberadikmautnah.jpg)
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
![Bapa sebak angkat dua jenazah anak dalam parit Bapa sebak angkat dua jenazah anak dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729934935_lemas.jpg)
Bapa sebak angkat dua jenazah anak dalam parit
Luluh hati seorang bapa apabila mengangkat dua jenazah anaknya yang ditemui lemas dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang pada petang Jumaat.
![Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727151098_Ibu.jpg)
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
![Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722743795_Pemandutrelerrempu.jpg)
Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari
Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari
![Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718503828_TRAGEDIAIDILADHA.jpg)
Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
![Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713213446_Duaberadikmaut.jpg)
Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen
Kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.
![Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712376941_Suspekkeslanggar.jpg)
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
![Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712299983_TBMASHUPORANG.jpg)
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.
![Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687250719_TBPemandutreler.jpg)
Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu tidak cermat sehingga mengakibatkan kematian dua beradik minggu lepas.
![Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683330275_dikebumisebelahpus.jpg)
Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu
Allahyarham Mohd Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.