KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) meninggal dunia selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik, pada Ahad.
Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terkorban itu ialah Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31.
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, kejadian berlaku pada 2.30 pagi ketika pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan itu dilanda ribut.
"Pada 2.50 pagi selepas suasana tenang, pemeriksaan keselamatan dilaksanakan dan mendapati kedua-dua anggota meninggal dunia akibat ditimpa pokok," katanya dalam satu kenyataan Ahad malam.
Katanya, TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham Mohd Kamal iaitu Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir dan isteri Allahyarham Muhammad Zaki, Nurummi Amirah Chepa serta seluruh ahli keluarga mereka.
"TDM akan menghulurkan bantuan sewajarnya dalam memastikan kebajikan keluarga mereka terjaga.
"Jenazah Sarjan Mohd Kamal akan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah, manakala jenazah Koperal Muhammad Zaki akan dikebumikan di Chuping, Perlis," katanya.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022
![Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657469478_mayat.jpg)
Kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi ketika pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan itu dilanda ribut. - Gambar hiasan
![Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM Anwar Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722957005_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM Anwar
Malaysia menyuarakan harapan agar rundingan yang sedang diusahakan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan di Sudan, berjaya dicapai.
![Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708143091_bayi.jpg)
Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA
Keputusan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberikan kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari kepada pegawai perubatan PKD, adalah tidak melanggar peraturan cuti bersalin yang ditetapkan.
![Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716694540_RexyMainaky.jpg)
Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.
![Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722935422_tbIndonesianNationa.jpg)
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
![Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.
![PRK Nenggiri: Awie bukan 'muka' baharu - Ahmad Maslan PRK Nenggiri: Awie bukan 'muka' baharu - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Awie bukan 'muka' baharu - Ahmad Maslan
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukanlah 'muka' baharu di DUN itu dan hanya mula menyantuni penduduk sehari dua.
![Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721808765_TBLimHuiYing.jpg)
Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim
Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan.
![Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674736101_TBLOGOKTMB.jpg)
Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.
![PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719755998_AmirudinShari.jpg)
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598599044_HospitalKemTerenda.jpg)
COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.