SUNGAI PETANI: Dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000, di sebuah syarikat logistik di Alor Setar pada 23 Jun lepas, dibebaskan pada Isnin.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu, dibebaskan atas arahan mahkamah.
"Mereka dibebaskan atas arahan mahkamah, manakala 92 peratus wang yang dilarikan ditemui dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan sebelum ini.
"Kita masih menyiasat mengenai baki wang yang belum ditemui, dan lapan individu lain yang masih ditahan. Lapan suspek itu ditahan reman sehingga 1 Julai ini dan kemungkinan akan disambung untuk melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pematuhan prosedur operasi standard di beberapa buah kilang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada 23 Jun lalu, sekumpulan penjenayah memecah masuk premis pejabat syarikat itu dan melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000.
Susulan itu, polis telah menahan 10 suspek berusia antara 20-an hingga 50-an, termasuk tiga anggota polis iaitu seorang sarjan dan dua koperal dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Alor Setar dan menemui semula sebahagian besar wang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Mereka dibebaskan atas arahan mahkamah. - Gambar hiasan

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan
Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Indonesia serah 700 kenderaan Maung MV3 buatan tempatan kepada tentera dan polis
Kenderaan itu sangat mudah alih, mampu dipersenjatai untuk pertempuran dan dibina untuk menyokong operasi ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.