Dua anggota Kabinet baharu,masing-masing menyampaikan khutbah pertama mereka ketika solat Jumaat, hari ini.
Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan khutbah di Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya dengan meminta sidang Jumaat supaya bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT di saat negara sedang berdepan dengan penularan koronavirus (COVID-19) ketika ini.
Timbalan Presiden Pas itu berkata, penularan COVID-19 boleh dianggap ujian daripada ALLAH.
“Marilah sama-sama kita meningkatkan takwa kepada ALLAH di saat negara sedang berdepan dengan ujian bahkan seluruh dunia dilanda wabak COVID -19 yang dianggap sebagai malapetaka atau ujian daripada Allah.
“Hayati firman Allah yang bermaksud: “Berlakunya kerosakan sama ada di daratan ataupun lautan disebabkan tangan-tangan manusia, tangan yang rakus tidak mempedulikan dosa pahala, tangan yang tidak mempedulikan halal haram, tangan yang tamak di atas muka bumi sehingga melakukan suatu perkara di luar batas kemanusiaan yang diizin oleh Allah.
“Lalu Allah mengirim kepada kita bala tentera-Nya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, menyerang hampir seluruh sama ada yang baik yang fasik dan soleh sama ada pemimpin orang kaya dan miskin,” kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary pula menyampaikan khutbah di Masjid Negara bertajuk ‘Kepimpinan’ dengan menjelaskan, kepimpinan adalah salah satu tanggungjawab yang sangat berat.
“Hakikatnya semua manusia adalah pemimpin. Kita semua telah pun diberikan amanah, sesuai mengikut kedudukan dan kemampuan masing-masing.
“Sama ada amanah terhadap diri sendiri, rumah tangga hingga kepada pengurusan negara,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Bachok.
Menurut beliau, seorang pemimpin bertanggungjawab terhadap masyarakat yang berada di sekelilingnya dan kedudukannya umpama paksi dalam sebuah bulatan.
Sinar Harian
Fri Mar 13 2020

Tuan Ibrahim menyampaikan khutbah di Surau Al-Furqan, Presint 11 di Putrajaya. - Gambar SINAR HARIAN

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa kenyataan berhubung 'DAP kafir' mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang sebelum ini, yang dilapor melabelkan parti itu sebagai 'kafir harbi'.

Soalan lewat diterima punca timbalan menteri gagal jawab - Pegawai
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling lewat menerima soalan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Dakwa gagal jawab soalan, Ahmad Marzuk minta Menteri Pendidikan, Timbalan letak jawatan
Sepanjang penglibatannya dalam sidang Parlimen, beliau tidak pernah melihat perkara itu berlaku dan menganggap Timbalan Menteri tidak kompeten kerana gagal menjawab soalan.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.

"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir" - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) menasihatkan kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH).

Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

PRU15: Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk
Penyokong parti perlu menanam sifat toleransi dan kerjasama yang jitu antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian sepanjang tempoh PRU15.

Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk
Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Penganjuran konsert artis Barat: 'Jangan undang kemurkaan Allah' - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, beri peringatan berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.

Ajaran Hadi Minallah: Segerakan muzakarah fatwa peringkat negeri - Ahmad Marzuk
Majlis Agama Islam Negeri digesa untuk lebih proaktif dalam mengadakan muzakarah berhubung fatwa bagi mengekang terhadap pengasas mahu pun gerakan ajaran sesat.