KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan draf pindaan Rang Undang-Undang Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dijangka diserahkan ke Pejabat Peguam Negara sebelum Julai depan.
Ujarnya, jawatankuasa yang ditubuhkan sedang memperhalusi draf pindaan berkenaan, dan ia kini dalam peringkat akhir.
"Kita berterima kasih pada pandangan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah jadi kuasa induk kemajuan Bahasa Melayu dari semua aspek tidak mengira latar belakang, asalkan perundangan yang kami syorkan dipinda diteruskan perjalanan ke Jabatan Peguam Negara.
"Kita ada masa hanya setakat Julai dan jawatankuasa telah meminta supaya kerja yang bernas ini dapat diselesaikan sebelum Julai," katanya.
Tambah Rais, antara terkandung dalam draf pindaan Akta DBP itu ialah memberikan kuasa kepada DBP sebagai penguat kuasa dan pembimbing kemajuan Bahasa Melayu di peringkat sekolah sehingga universiti.
"Dizahirkan, DBP perlu diberi beberapa kuasa yang asas untuk dijadikan sebagai penguat kuasa, pembimbing dan mengawas kemajuan Bahasa Melayu.
"Ini bererti standard Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan di universiti dan sekolah tidak begitu dapat perhatian, dilonjakkan pencapaiannya.
"Sepertimana satu ketika dahulunya ada 'Oral English' jadi bimbingan penutur Bahasa Inggeris. Jika kita hendak diplomat mahir dalam Bahasa Melayu, mereka perlu diberi latihan, justeru DBP harus diberi kuasa melatih bertutur dan mengolah Bahasa Melayu dari segi praktikal," katanya lagi.
Mengulas lanjut, DBP juga ujarnya, akan memohon Perdana Menteri agar usaha itu dapat dinaungi kuasa kepimpinan tertinggi terutama Yang di-Pertuan Agong.
"Dewan Bahasa akan diberi kuasa tertinggi dan di bawah naungan tertinggi... mungkin kita akan memohon Perdana Menteri supaya mengesyorkan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung besar pembahasaan Bahasa Melayu di Malaysia," ujar Rais lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama 35 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Bangunan Dewan Budaya dan Pustaka di ibu negara pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Apr 25 2022

Kata Rais, DBP juga akan memohon Perdana Menteri agar usaha itu dapat dinaungi kuasa kepimpinan tertinggi terutama Yang di-Pertuan Agong. - Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.

Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

DBP tegur Tengku Zafrul ejaan 'insya-Allah'
Tengku Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur.

Sambutan ulang tahun DBP akan dibawa ke peringkat sekolah
Langkah itu bertujuan melonjakkan usaha memperkasakan bahasa di peringkat sekolah.

Kemaskan Bahasa Melayu secara domestik dahulu, sebelum perkenal ke luar negara - Rais Yatim
Pembelajaran serta penguasaan ilmu Bahasa Melayu itu amat penting dalam kalangan rakyat terutama dalam pelbagai sektor ekonomi.

Draf pindaan Akta DBP 1959 dijangka diserahkan Peguam Negara sebelum Julai - Rais Yatim
Jawatankuasa yang ditubuhkan sedang memperhalusi draf pindaan berkenaan, dan ia kini dalam peringkat akhir.

Akta DBP dipinda untuk perkasa Bahasa Melayu - PM Ismail Sabri
Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Kerajaan struktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan - Mohamad
Kementerian Pendidikan akan menstruktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di setiap kementerian di negara ini.

Sasterawan Negara Kemala meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Kamal atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.