Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perak tidak akan menjadi isu.

Naib presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengekalkan jawatannya sekiranya mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya ke-13.

Terdapat usaha-usaha untuk melaga-lagakan pemimpin Umno di negeri seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Nazri Aziz itu dengan menyatakan kononnya Datuk Zambry tidak sesua unutk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

“Ketiga-tiga kami tidak berminat langsung untuk menjadi Mentri Besar kerana kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar,” kata Ahmad Zahid.

Jelasnya apa yang lebih penting adalah tumpuan gerak kerja bagi memastikan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Perak dikekalkan.

Sebelum ini, beberapa blog telah membangkitkan isu calon MB Perak dimana akan berlakunya pertembungan kuasa di antara Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.