JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar.
Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata dakwaan bahawa pakaian seragam jururawat adalah ketat tidak benar sebaliknya ia mematuhi etika berpakaian penjawat awam yang ditetapkan.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya tidak mahu isu berkenaan terus dibangkitkan kerana fokus utama KKM ialah meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan di negara ini.
"Kalau tengok pakaian jururawat sekarang memang ada etika, jadi bagi saya tiada masalah. Sebaliknya yang paling penting sekarang adalah kerajaan telah meluluskan pembentangan Kertas Putih Kesihatan.
"Itu lebih utama kerana ia membincangkan tentang penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, adalah penting untuk faham bahawa kesihatan rakyat menjadi tumpuan kerajaan ketika ini," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Klinik Kesihatan Taman Ungku Tun Aminah dan Klinik Kesihatan Palong Timur di HSA di sini hari ini.
Ahli Parlimen Sekijang itu ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor daripada Perikatan Nasional yang mempersoal etika pemakaian jururawat wanita yang didakwa ketat dan tidak patuh syariah baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata KKM menerusi strategi komunikasi akan memaklumkan pencapaian dan aspirasi kesihatan awam kepada rakyat.
"Saya tahu rakyat ramai kurang maklum tentang perkara ini (Kertas Putih Kesihatan) tetapi paling penting, ia dah lulus dan kita akan sampaikan kepada rakyat agar mereka faham dan tahu kepentingan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dakwaan bahawa pakaian seragam jururawat adalah ketat tidak benar sebaliknya ia mematuhi etika berpakaian penjawat awam yang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Dr Zaliha harap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar.