Tan Sri Dr Yahya Awang, yang berjaya melakukan pemindahan jantung pertama di Malaysia, adalah antara lima penerima Anugerah Merdeka 2013 berprestij diumumkan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini Rabu.
Penerima lain ialah perintis pendidikan Tan Sri Arshad Ayub, Raja Tan Sri Muhammad Alias yang menerajui Felda selama lebih tiga dekad, perintis dalam bidang zoologi Dr Lim Boo Liat dan penyelidik Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit.
"Secara bersama, individu ini telah memberi impak positif terhadap banyak nyawa, tidak saja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini dan seantero dunia, dan mencetuskan perubahan signifikan terhadap pemahaman dan penghargaan tentang dunia yang kita diami hari ini," titah Raja Nazrin.
Raja Nazrin, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, bertitah Dr Yahya dipilih sebagai penerima dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi kerana sumbangan beliau dalam mengasaskan pembangunan kajian klinikal dan pembedahan berkenaan pemindahan jantung serta peranan utamanya dalam penubuhan IJN.
Arshad terpilih dalam kategori Pendidikan dan Kemasyarakatan kerana sumbangan beliau dalam membentuk lanskap pendidikan negara yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan.
Beliau mengasaskan Institut Teknologi Mara (ITM) yang berkembang menjadi institusi pendidikan terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi, menawarkan 480 program akademik.
Raja Muhammad Alias dinamakan sebagai penerima bersama dalam kategori yang sama kerana sumbangan beliau terhadap pembangunan dan reformasi luar bandar menerusi projek penempatan semula Felda.
"Beliau menjayakan wawasan perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein bagi 'memberi tanah kepada yang tidak bertanah dan pekerjaan kepada penganggur" titah Raja Nazrin.
Dr Lim dipilih sebagai penerima dalam kategori alam sekitar kerana sumbangan beliau terhadap pemuliharaan kepelbagaian hayat Malaysia menerusi penyelidikan saintifik dan penganjuran persekitaran selama enam dekad.
Sementara itu, Dr Lam terpilih dalam kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul kerana sumbangannya terhadap penyelidikan ilmiah dan pembangunan dalam bidang virologi perubatan dan penyakit berjangkit termasuk denggi.
Beliau menganggotai satu pasukan Universiti Malaya yang berjaya menyisih virus Nipah sebagai penyebab masalah viral encephalitis di kalangan penternak babi tempatan, dengan itu membantu mengawal penyakit itu.
Tidak ada anugerah tahun ini bagi kategori Sumbangan Unggul kepada Rakyat Malaysia.
Penerima akan menerima sebuah trofi, Lukisan Anugerah Merdeka oleh pelukis terkenal Latiff Mohidin dan hadiah wang tunai RM500,000.
Anugerah Merdeka dilancarkan pada 2007 oleh Petronas, ExxonMobil dan Shell.
Bernama
Thu Oct 17 2013
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 1) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Vyshnavi Charrlotte, Researcher at the Social & Economic Research Initiative (SERI).
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Dr Yahya Awang antara penerima Anugerah Merdeka 2013
Tan Sri Dr Yahya Awang, yang berjaya melakukan pemindahan jantung pertama di Malaysia, adalah antara lima penerima Anugerah Merdeka 2013.