KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan anugerah fellow kehormat Akademi Perubatan Malaysia (AMM) kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penganugerahan itu diadakan pada Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-56 sempena Kongres Antarabangsa MyWoman 2023 yang diperkenan dirasmikan oleh Sultan Nazrin di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Wan Azizah semasa menyampaikan Syarahan Tun Ismail ke-24 bertajuk Pasca COVID-19: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Wanita di Malaysia berkata laporan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia yang dikeluarkan pada Okt 2020 menyatakan insiden penyakit mental dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dua kali ganda semasa pandemik COVID-19.
"Dianggarkan hanya 20 peratus rakyat Malaysia yang menghidap penyakit mental mempunyai akses kepada penjagaan profesional disebabkan stigma sosial," kata pakar oftalmologi berusia 71 tahun itu.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata prejudis dan diskriminasi terhadap individu yang menghidap penyakit mental menyebabkan golongan ini dipinggirkan dalam masyarakat dan senario itu boleh membawa kepada keburukan.
Katanya beliau juga terkejut mendengar laporan mengenai individu-individu terkenal yang membunuh diri.
"Kita fikir mereka sangat berjaya namun ada sesuatu yang disembunyikan dan kita tidak mahu sehingga keadaan sebegitu terjadi," katanya.
Dr Wan Azizah turut menggesa semua pihak untuk membantu mempromosikan perkhidmatan yang menyediakan sokongan psikologi emosi dan kaunseling seperti Talian Kasih 15999 dan Talian Heal 15555.
Katanya Talian Kasih kini mempunyai perkhidmatan Whatsapp untuk menolong mereka yang tidak boleh bercakap dan mendengar.
Beliau berkata COVID-19 mendatangkan lebih beban mental ke atas wanita memandangkan 99 peratus pelanggan Talian Kasih dan 71 peratus pemanggil Talian Heal adalah wanita.
Dr Wan Azizah turut berkongsi pengalaman peribadinya apabila terpaksa berhenti menjadi doktor, perubahan yang dialaminya daripada seorang isteri timbalan perdana menteri sehinggalah beliau memasuki arena politik.
"Ia memerlukan kekuatan mental yang tinggi untuk terus (berjuang)..." katanya.
Beliau juga menasihatkan doktor muda supaya menjaga kesihatan mereka.
"Rawat diri anda dahulu kemudian barulah anda boleh merawat orang lain, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Penganugerahan itu diadakan pada Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-56 sempena Kongres Antarabangsa MyWoman 2023. - Bernama
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.

Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.

Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik.

Misteri kucing mati: Angkara kekejaman manusia atau serangan anjing liar? - Arie
Pihak polis dinasihatkan tidak terburu-buru membuat kenyataan berhubung kes kematian ngeri beberapa kucing di Universiti Malaya adalah disebabkan serangan anjing liar.

Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.

KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.

HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.

Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik
Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani prosedur kesihatan itu.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.