Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, andainya calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau kali ini, perjuangan beliau adalah mewakili semua kaum di kawasan itu, selaras dengan prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR sejak 20 tahun yang lalu.
Beliau berkata PKR memilih Dr Streram sebagai calon di kawasan pengundi majoriti Melayu disebabkan parti itu berpegang kepada janji untuk meletakkan beliau yang telah dinafikan hak untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lalu.
"Islam tekankan penyelesaian berdasarkan keadilan bukan warna kulit.. sebab itu juga dalam memilih dan menentukan calon di Rantau kita sebagai parti yang punyai prinsip dan idealisme kita mesti pertahankan prinsip itu.
"Kita tidak boleh khianati amanah kita sebab itu kita pertahankan letakkan calon keturunan India di Rantau," katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Khas sempena sambutan 20 tahun PKR yang bertemakan 'Dua Dekad Merakyatkan Reformasi' di Dataran Rantau, di sini malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Sekretariat PH yang juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat, PKR Syed Husin Ali.
BACA: Kemenangan Streram di Rantau tidak mustahil - Azmin Ali
Sementara itu Mohamed Azmin berkata, dengan kejujuran dan ketekunan yang telah dibawa PKR sepanjang 20 tahun, beliau meletakkan harapan yang tinggi dan begitu besar bahawa DUN Rantau akan jatuh ke tangan PH buat kali pertama pada PRK ini.
"Kita telah berjaya yakinkan rakyat di peringkat negara, Saya yakin kita juga InsyaAllah akan berjaya yakinkan pengundi di DUN Rantau bahawa wakil yang dapat bawa suara kita dalam DUN Negeri Sembilan adalah Dr Streram calon PH dan PKR, ia bukanlah satu perkara mustahil ia boleh dilakukan," katanya.
Beliau turut menyeru seluruh jentera parti untuk bersama-sama menggarap semangat 20 tahun PKR bagi menggembleng seluruh tenaga dan kekuatan mencipta kejayaan bermula di DUN Rantau.
BACA: Heret 'perompak' negara ke mahkamah, antara kejayaan terbesar PH - Anwar
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata sekiranya PH berjaya memenangi kerusi DUN Rantau kali ini, ia adalah satu kemenangan paling berharga dan merupakan hadiah kepada reformasi yang diperjuangkan PKR selama ini.
PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon BN dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2019
Anwar ketika memberi ucapan pada Majlis Sambutan 20 Tahun PKR di Dataran Rantau, Seremban, 5 April, 2019. -- fotoBERNAMA
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.