KUALA LUMPUR: Pakar Kawalan Penyakit Berjangkit Dr Rose Nani Mudin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.
Dr Christina sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Kesihatan Sabah sejak November 2012.
Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Rose Nani merupakan mempunyai pengalaman luas dalam Kesihatan Awam dan klinikal.
"Beliau merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan klinikal.
"Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dapat diteruskan," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.
Dr Rose Nani mempunyai kepakaran di dalam bidang epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan.
Dr Rose Nani yang merupakan anak jati Sabah itu pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021
Beliau yang juga Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
AS perketat sekatan minyak Rusia ke China, India
Penapisan minyak di China dan India dijangka beralih ke sumber minyak dari Timur Tengah, Afrika, dan benua Amerika, menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Kebakaran Di LA Ragut 14 Nyawa, Ribuan Dipindahkan Brazil, Minais Gerais, Tanah Runtuh, Bencana Alam, Buletin AWANI
Sejak Selasa, enam kebakaran serentak telah melanda Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 16 orang lagi dilaporkan hilang.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Bermula 20 - 24 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Isu HALAL: siasat pihak guna logo HALAL pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).
Dr Rose Nani galas tanggungjawab Pengarah Kesihatan Sabah yang baharu
Pakar Kawalan Penyakit Berjangkit Dr Rose Nani Mudin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.