Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan penceramah dari India, Dr Zakir Naik tersenarai antara pemimpin Islam paling berpengaruh dalam edisi terbaru The Royal Islamic Strategic Studies Centre yang dikeluarkan semalam.
Dr Mahathir yang kembali memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua, berada di kedudukan ke-44 daripada 50 individu paling berpengaruh.
“Dr Mahathir merupakan kunci transisi ekonomi Malaysia daripada berasaskan sektor agrikultur kepada industri.
“Beliau disegani atas sokongan beliau kepada nilai-nilai liberal Muslim dan telah menubuhkan institusi-institusi Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” kata laporan tinjauan yang diterbitkan setiap tahun itu.
Sumbangan Dr Mahathir yang digariskan termasuk peranan aktif beliau dalam Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur berkaitan dengan penganiayaan di Iraq, Lebanon, dan wilayah Palestin.
Pemilihan Dr Mahathir juga dikaitkan dengan peranannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH).
Berdasarkan laporan itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama, diikuti Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II.
Presiden Indonesia, Joko Widodo berada pada kedudukan ke-16, manakala Presiden Singapura, Halimah Yacob yang merupakan presiden wanita pertama di republik itu tersenarai di kedudukan 41.
Dr Zakir, 53, pula tersenarai pada kedudukan 500 tokoh dan individu yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dan nama beliau turut tersenarai dalam edisi-edisi sebelum ini.
Turut tersenarai, pemain bola sepak kelab Liverpool kelahiran Mesir, Mohammed Salah; bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov; penerima hadiah Nobel, Malala Yousafzai dan tokoh cendekiawan Islam, Maulana Tariq Jameel serta Sheikh Muhammad Taqi Usmani.
Sinar Harian
Mon Sep 16 2019
The Royal Islamic Strategic Studies Centre keluaran terbaru semalam menyenaraikan Dr Mahathir dan Zakir antara pemimpin Islam paling berpengaruh. - Sumber The Royal Islamic Strategic Studies Centre via Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir, Zakir Naik disenarai antara pemimpin Islam paling berpengaruh
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan penceramah dari India, Dr Zakir Naik tersenarai antara pemimpin Islam paling berpengaruh dalam edisi terbaru The Royal Islamic Strategic Studies Centre.