Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-34, serta Sidang Kemuncak yang berkaitan di Bangkok, Thailand dari 20 sehingga 23 Jun ini.
Perdana Menteri akan diiringi oleh Isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darrel Leiking; serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di samping pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Dengan tema ‘Advancing Partnership for Sustainability’, Sidang Kemuncak Asean ke-34 itu adalah Sidang Kemuncak pertama diadakan dengan Thailand sebagai pengerusinya tahun ini, menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.
Sidang Kemuncak itu akan memberikan peluang kepada para pemimpin negara-negara anggota Asean, untuk saling bertukar pandangan berhubung hala tuju masa depan perkumpulan itu dan proses pembinaan komunitinya, di samping pelaksanaan Wawasan Komuniti Asean 2025, dan berbincang mengenai isu-isu penting peringkat serantau dan antarabangsa.
Perdana Menteri dan juga lain-lain menteri, akan mengambil bahagian dalam tiga pertemuan, yakni pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan perwakilan Persidangan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA); pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan perwakilan Belia Asean, serta pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-Bac).
Kementerian Luar berkata, Dr Mahathir juga akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ke-13 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak ke-12 Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) yang akan berlangsung pada 23 Jun.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri juga akan merasmikan program Malaysia Fest di 2019 di the Central World Shopping Mall, di samping mengadakan mesyuarat perniagaan meja bulat dengan tokoh-tokoh industri Thailand pada 21 Jun.
Bernama
Wed Jun 19 2019

Dengan tema Advancing Partnership for Sustainability, Sidang Kemuncak Asean ke-34 merupakan Sidang Kemuncak pertama diadakan dengan Thailand sebagai pengerusinya tahun ini. - Gambar Astro AWANI/ HARITS ASYRAF HASNAN
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.

Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.

Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.

Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.

Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA
Perkara itu merupakan fokus utama yang akan dikongsi bersama negara ASEAN lain termasuk pengalaman negara dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.

PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan - Johari
Perdana Menteri Anwar meminta Institusi Parlimen negara-negara ASEAN memberi ruang yang lebih luas kepada ahlinya untuk meluahkan pandangan.

Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-34, serta Sidang Kemuncak yang berkaitan di Bangkok, Thailand, dari 20 sehingga 23 Jun ini.