Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berkuat kuasa 6 Mac lalu.
Beliau yang juga mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh dua tahun.
Dr Ismail dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti St. Andrews, Scotland pada 1975.
Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan Ismail, 81 tahun, akan memanfaatkan INTEGRITI yang diberi amanah untuk melaksanakan agenda pemupukan dan penghayatan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan Dr Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI.
"Oleh itu, saya yakin Dr Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam soal tadbir urus yang baik, dan dalam hal ehwal Islam akan menjadi aset dalam menjayakan agenda meningkatkan budaya berintegriti," kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, selain sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Harta Suci Sdn. Bhd (Anak Syarikat (MAIWP), Pengerusi Jawatankuasa Agihan Baitul Mal Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Audit Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia.
Astro Awani
Thu Mar 22 2018
![Dr Ismail dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI Dr Ismail dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521712992_DrIsmail.jpg)
Dr Ismail Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI berkuat kuasa 6 Mac lalu untuk tempoh dua tahun.- foto ihsan INTEGRITI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707969792_TBHockTan.jpg)
Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.
![Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700027826_ProjekPerumahan.jpg)
Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.
![Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600405933_work.jpg)
Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.
![Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669700868_TBJUVENTUS.jpg)
Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.
![Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664178450_TBAWANGADEKHUSSIN.jpg)
Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.
![Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656381947_NorainiAhmad.jpg)
Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.
![Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663030017_PerakCorporationBHD.jpg)
Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.
![Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654118748_AugustusOlivier.jpg)
Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.
![Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81439085721_WORKINGWOMEN.jpg)
Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.
![Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643297498_AzmanHashim.jpg)
Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.