KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.
Ia juga mencatatkan peratusan tertinggi berbanding ekonomi yang serupa seperti Singapura (17.6 peratus), Thailand ( 17.8 peratus) dan Hong Kong (13.9 peratus).
Satu kajian terkini oleh Deloitte dengan kerjasama The 30% Club mendapati Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ketua pegawai kewangan di kalangan negara -negara Asia yang ditinjau (34.9 peratus), lebih dua kali ganda daripada purata global yang merekodkan 15.7 peratus.
Bagaimanapun, negara ini masih empat peratus kurang daripada sasaran 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah seperti yang ditetapkan pada 2020, katanya.
Sasaran itu yang ditetapkan oleh kerajaan semasa 2011, Pelan Tindakan Tadbir Urus (CG) Korporat 2011 dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021 (MCCG 2021) menyatakan jika sasaran ini tidak dipenuhi, lembaga berkenaan akan mengumumkan pelan khusus serta jangka masa bagi mencapai tahap tersebut.
Lembaga itu juga akan mengkaji semula penyertaan wanita dalam peranan pengurusan kanan untuk memastikan terdapat bekalan bakat yang sentiasa mantap.
Kajian itu mendedahkan bahawa topik kepelbagaian jantina yang lebih besar dalam lembaga pengarah serta tenaga kerja terus menjadi keutamaan perbincangan di kalangan pengawal selia dan organisasi.
Antara perubahan ketara di bawah tinjauan semula 2021 kepada MCCG adalah keperluan kepelbagaian jantina 30 peratus yang dilanjutkan kepada semua syarikat (firma-firma dalam Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia atau mereka yang mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM2 bilion dan ke atas).
"Harus ada penglibatan aktif daripada lembaga dengan sokongan jawatankuasanya, sebagai contoh : Jawatankuasa Pencalonan untuk memacu agenda ini dalam sesebuah organisasi.
"Adalah disyorkan agar organisasi mempunyai pelan penggantian yang komprehensif yang boleh digunakan untuk bukan sahaja mengenal pasti calon bagi posisi dalam lembaga pengarah dan pasukan pengurusan, tetapi juga untuk tujuan latihan serta pembangunan," menurut Pengarah Eksekutif bagi Nasihat Risiko Deloitte Malaysia, Muzafar Kamal berkata.
Edisi ketujuh laporan yang berjudul 'Wanita di Bilik Lembaga Pengarah : Satu Perspektif Global' itu turut mendedahkan peratusan wanita di kerusi lembaga dalam rantau Asia Tenggara adalah lebih baik dengan purata 17.1 peratus berbanding 14.3 peratus pada 2018.
Angka tersebut mengatasi purata Asia sebanyak 11.7 peratus dan sedang menghampiri purata global pada 19.7 peratus.
Penemuan ini mengukuhkan bahawa walaupun penyertaan wanita dalam lembaga pengarah di rantau ini telah meningkat sejak 2018, persepsi serta mungkin penerimaan wanita dalam kedudukan kepimpinan tertinggi adalah berbeza di seluruh geografi.
"Tempoh wanita dalam lembaga pengarah di Asia Tenggara adalah terus stabil atau wujud penurunan, dengan Singapura merekodkan tempoh purata yang semakin berkurangan iaitu dari 5.0 tahun kepada 4.4 tahun.
"Peratusan perubahan untuk tempoh turut menurun di Malaysia serta Filipina, yang mungkin disebabkan oleh individu wanita yang semakin ramai dicalonkan di negara -negara berkenaan, yang mana secara menyeluruh, penyertaan wanita dalam lembaga pengarah telah bertambah," kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Malaysia amal perdagangan terbuka, terdedah kepada kesan ketidaktentuan ekonomi global - Rafizi
Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Mondelez tarik balik produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin 50g
Mondelez International (Malaysia) menarik balik secara sukarela produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin (50g) yang dikeluarkan pada 3 Feb 2024.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia mahu jadi hab penjanaan AI, pusat tarikan pelaburan untuk rakan digital - PM Anwar
Dalam tempoh 12 bulan seterusnya, kerajaan berharap dapat mencapai beberapa hasil utama termasuk penyediaan Pelan Tindakan Teknologi AI.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
TikTok Shop Summit kembali, bakal beri manfaat kepada PMKS
Jenama tempatan berpeluang meneroka peluang pertumbuhan baharu melalui sesi pemadanan dengan pencipta kandungan terkemuka.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.