Polis sedang menjejaki pemilik van yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan Dr Fadi Mohammed Al-Batsh untuk melarikan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek menaiki van tersebut yang menunggu tidak jauh dari lokasi mereka meninggalkan motosikal yang diguna untuk melarikan diri selepas menembak pensyarah dan imam warga Palestin berkenaan.
Bercakap pada sidang media selepas membuat pengundian awal di Bukit Aman, di sini pada Sabtu, Mohamad Fuzi berkata polis juga telah menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes itu.
"Secara kasarnya polis telah mengenal pasti senjata suspek tetapi saya tidak boleh mendedahkan kerana sedang menunggu laporan," katanya.
Beliau turut mengesahkan kedua-dua suspek menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki negara ini.
"Mereka juga dipercayai memiliki sejumlah lagi pasport negara lain," katanya.
Dalam kejadian 6 pagi 21 April lalu, Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak, semasa berjalan ke surau untuk solat subuh.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018

Mohamad Fuzi (tengah) menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat selepas pengundian awal bagi PRU14 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Dr Fadi: Polis jejaki pemilik van bantu suspek lari
Siasatan mendapati kedua-dua suspek menaiki van tersebut yang menunggu tidak jauh dari lokasi mereka meninggalkan motosikal yang diguna untuk melarikan diri selepas menembak pensyarah berkenaan.