KUALA LUMPUR :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.
Sebaliknnya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, punca pemergian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan penyakit lain.
Menurut Dr Noor Hisham, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal Disember lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.
Bagaimanapun, laporan Harian Metro yang memetik Dr Noor Hisham sebagai berkata, kematian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan pendarahan dalam otak.
Laporan itu memaklumkan Allahyarham mengalami penyakit aneurysm dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham turut memaklumkan ujian COVID-19 yang dijalankan turut mendapati Allahyarham negatif.
"Allahyarham Dr Ali Noor menghembuskan nafas terakhir lewat malam kelmarin (18 Januari).
"Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau," kata Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebooknya, pada Rabu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu yang Allahyarham Dr Ali Noor merupakan seorang pegawai perubatan KKM yang disegani rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat.
"Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau.
"Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sementara itu, pada 8 Januari lalu, isteri Dr Ali Noor hanya dikenali sebagai Asilah memuat naik hantaran di Facebook Allahyarham memaklumkan suaminya sedang dirawat di HKL dan keadaannya lebih stabil.
"Assalamualaikum, saya isteri Dr Ali, sekarang dia masih di wad HKL dan keadaan dia lebih stabil, terima kasih kepada semua Yang bertanya khabar dan mendoakan," katanya.
Selang 10 hari kemudian, Asilah sekali lagi menerusi platform yang sama memaklumkan yang keadaan Allahyarham kritikal dan memohon orang ramai untuk bersama-sama berdoa.
"Assalamualaikum... saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama untuk doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat kritikal di HKL," katanya.
BACA: Gugurnya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan
Umavathi Ramayah
Wed Jan 20 2021
Gambar terakhir Dr Ali Noor Hassan yang dirakamkan rakannya sebelum Allahyarham arwah jatuh sakit dan dirawat di hospital. - Facebook Skuad Pengurusan Jenazah
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Warga MetMalaysia 'barisan hadapan' lindungi hidupan bumi
Warga MetMalaysia berperanan utama dalam memahami fenomena iklim seterusnya melindungi kehidupan di bumi.
Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.
FAM kunci mulut pengganti Elavarasan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung calon jurulatih baharu ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.
Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.
Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian COVID-19
Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan.
Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.
KKM mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga emas, barisan hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.
Semangat menentang penjajah perlu diterap tangani COVID-19
Usaha menangani penularan COVID-19 tidak akan berjaya, jika tugas diserahkan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan semata-mata.
Program vaksinasi ImmuPlan akan ditambah baik - MB Johor
Tingkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura.