KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.
Dr Akmal berkata, beliau datang ke Sabah hanya untuk menghadiri program berbuka puasa dengan pimpinan UMNO Sabah yang biasa dianjurkan di setiap negeri dan Sabah negeri terakhir bagi program tersebut.
Menurutnya, kehadiran beliau di Sabah juga bukan untuk membuat gangguan atau mendatangkan masalah di negeri ini.
"Tiada langsung laporan dari Sabah, tidak ada langsung apa-apa kenyataan dari Sabah, semuanya berlaku di Semenanjung jadi kami datang di sini atas program Pemuda UMNO. Kami datang dengan tenang, jadi saya rasa kita tidak mengganggu sesiapa di sini jadi tiada masalah.
"Saya hairan kenapa mereka tidak dapat tunggu saya balik ke semenanjung sebab sudah ditetapkan.
"Laporan itu di Kuala Lumpur jadi saya pun tertanya-tanya kenapa perlu cepat, apa yang penting sangat, bukan saya tak balik, saya balik dan kita dah bagi komitmen tapi nak juga (ambil keterangan di Sabah)," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Ditanya adakah beliau akan hadir untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi sekali lagi, Dr Akmal berkata, beliau sedia untuk memberikan kerjasama.
"Pada saya kita memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan. Kalau perlu dipanggil dan saya akan hadir 'no fear, no surrender' (tidak takut, tidak menyerah)," katanya.
Dalam pada itu, Dr Akmal memberitahu bahawa tiada larangan setakat ini untuk beliau masuk ke Sabah.
"Tiada, kami okay saja masuk macam biasa saja. Saya di sini sudah, kalau tak saya duduk kat airport (lapangan terbang) lagi," katanya.
Dr Akmal sebelum itu yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.
Beliau selesai memberi keterangan sekitar jam 12 tengah hari iaitu kira-kira dua jam setengah selepas dibawa ke IPD Kota Kinabalu.
Keterangan itu diambil berkaitan satu laporan yang dibuat terhadapnya berkaitan Akta Hasutan mengenai satu video ceramahnya di Kelantan.
Beliau kemudian dipanggil sekali lagi memberi keterangan di IPD sama tidak lama kemudian, sebelum dilihat keluar selepas kira-kira dua jam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 05 2024

Dr Akmal bersama Pemuda UMNO di pekarangan IPD Kota Kinabalu.
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.

Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.

Dr Akmal persoal kenapa diambil keterangan di Sabah
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.

Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.

Isu beras: Lantik Menteri KPDN segera, jangan umum 'syok sendiri' - Syed Saddiq
Kerajaan seharusnya memandang serius situasi kekurangan beras dan krisis harga sekali gus tidak membuat pengumuman 'syok sendiri'.

Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.

'Menteri bukan penjual bak kut teh' - Dr Akmal bidas tindakan King Sing
Akmal berkata, menteri seharusnya menjadi contoh kepada rakyat berhubung segala tindakan yang diambil.

Pemuda UMNO sifatkan kenyataan Tony Pua biadap, gesa DAP ambil tindakan
Tindakan Tony Pua robek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.

Desak DAP mohon maaf: 'Pemuda UMNO tidak akan tarik balik kenyataan' - Dr Akmal
Pemuda UMNO menegaskan tidak akan sesekali menarik balik kenyataan menuntut DAP membuat permohanan maaf secara terbuka kepada parti itu.

PAU2023: Wujudkan elaun sewa rumah, teliti kadar siling sewaan - Dr Akmal
Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan elaun sewaan rumah serta mengkaji pelaksanaan harga siling bagi kadar sewaan rumah.