BANGI: Dokumen Dekad Platinum Pertahanan Awam (DPPA) 2022-2032 yang dilancarkan hari ini mampu memacu hala tuju Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk aspek pengurusan bencana dan kesiapsiagaan nasional yang menjadi agenda utama diberi perhatian oleh kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
"DPPA yang diperkenalkan ini bertujuan memperkukuhkan lagi perkhidmatan APM serta dapat melahirkan Keluarga Malaysia yang teguh bersama, berdaya tahan serta mampu mengadaptasi konsep masyarakat yang mampu membantu diri sendiri dalam kehidupan seharian.
"(Ini) terutama ketika berhadapan sebarang insiden kecemasan, krisis, bencana dan peperangan," katanya pada Majlis Sambutan Dekad Platinum APM di sini hari ini.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Ismail Sabri juga berkata komitmen pelbagai pihak dalam menjalin hubungan kerjasama strategik yang inklusif dalam pengurusan bencana dan kesiapsiagaan nasional adalah sangat penting.
"Hal ini selaras dengan keterangkuman kerangka dekad platinum yang telah digariskan dan dilihat mampu mengukuhkan lagi daya tahan komuniti Keluarga Malaysia," katanya.
DPPA 2022-2032 dicetuskan bertepatan dengan kemampuan APM sebagai agensi pengurusan bencana dan kecemasan dalam memelihara keselamatan serta kesejahteraan komuniti selain memfokus kepada pemerkasaan pengurusan bencana yang efektif khusus dalam melindungi kebajikan mangsa bencana, nyawa dan harta benda.
Sasaran DPPA memiliki pelan jelas dengan program yang berkesan dan boleh dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Abd Latiff (kiri) ketika merasmikan buku Dekad Platinum Angkatan Pertahanan Awam 2022-2023 pada Majlis Sambutan di Pusat Konvesyen Bangi Avanue malam ini. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Wanita dipatuk ular ketika redah banjir
Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam selepas tangannya dipatuk ular ketika meredah banjir untuk keluar dari rumahnya di Kampung Kauran, Keningau.

APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.

APM Besut tangkap ular sawa batik seberat 130kg
Seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Besut di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.

Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.

MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.