Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam perbincangan pembentukan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Setiausaha Agung DPMM Hanafee Yusoff berkata ini penting bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh para peniaga, khasnya di kalangan orang Melayu, kerana ia juga bakal membuka pasaran kepada 2.7 bilion penduduk di rantau itu.
"Kajian itu juga penting bagi mengurangkan keraguan pengusaha Bumiputera dari segi jangka panjang selaras dengan dasar Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan negara-negara lain," katanya kepada pemberita.
Hanafee berkata FTA mewujudkan perdagangan bebas dengan mengurangkan halangan perdagangan bagi mengeksport produk Malaysia selain mengimport bahan-bahan mentah serta produk perantaraan yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan industri.
Beliau berkata perdagangan Malaysia yang dilaksanakan di bawah FTA merangkumi 62 peratus daripada perdagangan global Malaysia.
TPP mirip kepada FTA tetapi melibatkan perdagangan pelbagai hala dengan banyak negara, oleh itu kerajaan perlu lebih berhati-hati sebelum melaksanakan dasar itu sebelum ia dilihat lebih merugikan peniaga, khasnya Bumiputera dalam negara, katanya.
Akhbar baru-baru ini melaporkan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendesak kerajaan menarik diri daripada TPP kerana perjanjian itu bakal memudaratkan ekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar dipetik sebagai berkata, perjanjian tersebut yang mahukan ekonomi setiap negara terlibat dibuka kepada syarikat asing dilihat akan memberi ancaman kepada syarikat dan peniaga tempatan, khususnya Bumiputera.
Perbincangan bagi membentuk perjanjian TPP yang melibatkan 12 negara itu kini telah memasuki pusingan yang ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013.
Negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Bernama
Fri May 17 2013

AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

DPMM rangka strategi perkasakan usahawan Melayu melalui konsortium, digitalisasi
Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata langkah ini adalah strategi baharu DPMM bagi memperkasakan usahawan Melayu pada 2025.

Penggabungan SME Bank, BPMB, EXIM Bank dikhuatiri gugat pertumbuhan PMKS - PPPMM
PPPMM berkata, ketiga-tiga bank tersebut menyediakan pembiayaan kepada pelbagai kluster perniagaan yang berbeza.

Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama DPMM, PPIM dan APM.

Proses permohonan skim bantuan PKS tidak masuk akal - DPMM
Halangan terbesar ialah pihak bank masih mengekalkan corak pemprosesan yang sama.

Kampong Bharu: Perkembangan bersepadu pamer ciri Istana Melayu
MAS dan DPMM telah mengambil suatu inisiatif untuk bergabung bagi membentuk Kampong Bharu sebagai satu pembangunan yang boleh memodenkan pemikiran dan kehidupan serta budaya Melayu.

Demi Melayu, cukup-cukuplah DPMM bergaduh - Khairuddin
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) disaran menghentikan pergaduhan dalaman selain perebutan kuasa demi kepentingan ekonomi Melayu.

Jangan berhenti cari peluang baharu - PM Najib
Rakyat Malaysia harus sentiasa berusaha dalam mencari peluang dalam pasaran baharu, pesan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wujudkan undang-undang anti-diskriminasi dalam sektor pekerjaan
Kerajaan wajar mewujudkan peruntukan undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan dalam negara.

Pemimpin Dewan Perniagaan di Perak direman 2 hari
Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak
SPRM memburu Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan satu kes rasuah di Perak.