SEREMBAN: Seorang doktor lelaki ditahan semalam selepas disyaki mencabul seorang pekerjanya di sebuah klinik swasta di Bandar Seri Jempol di sini, dalam kejadian pada 24 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata doktor berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita yang berusia 24 tahun kira-kira pukul 6 petang, Rabu lepas.
"Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu di klinik itu sejak sebulan lepas dicabul ketika berada di bilik rehat selepas waktu bekerja dan ia merupakan kejadian kedua berlaku terhadapnya dengan yang pertama pada 19 Feb lepas.
"Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa mengalami trauma. Dia kemudian mengadu kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis.
"Keterangan beberapa saksi diambil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata suspek yang juga pemilik klinik itu direman tiga hari sehingga 3 Mac ini dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Doktor berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita yang berusia 24 tahun kira-kira pukul 6 petang, Rabu lepas. -Gambar hiasan
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Doktor ditahan disyaki cabul pekerja
Doktor berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita yang berusia 24 tahun kira-kira pukul 6 petang, Rabu lepas.