KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kpada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya yang meninggal dunia 10 bulan selepas mengalami strok pangkal otak.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Avtar Singh terhadap doktor berkenaan yang memeriksa, mendiagnos dan merawat isterinya, Salinder Kaur.
Dalam penghakiman bertulis dikeluarkan hari ini, mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif (Avtar) dan kos RM40,000.
"Saya berpendapat bahawa jumlah RM100,000 itu wajar memandangkan mendiang terlantar di atas katil selama hampir 10 bulan sebelum meninggal dunia akibat strok pangkal otak," katanya dalam penghakiman 33 muka surat tersebut.
Raja Ahmad Mohzanuddin turut menyatakan bahawa doktor tersebut telah mengakui bertanggungjawab terhadap tuntutan plaintif.
"Adalah jelas daripada pindaan semula kenyataan tuntutan bahawa doktor berkenaan telah mengakui setiap aspek tuntutan kecuaian yang dibuat terhadapnya.
"Apabila sesuatu kejadian berlaku selepas hospital telah mengambil langkah penjagaan yang wajar seperti yang saya temui dalam kes ini, liabiliti seharusnya semata-mata terletak pada doktor berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, Raja Ahmad Mohzanuddin menolak tuntutan plaintif terhadap hospital swasta berkenaan di Kelana Jaya itu dengan kos RM30,000 selepas memerintahkan hospital berkenaan tidak bertanggungjawab.
Avtar, 68, merupakan pemain skuad negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik 1976 dan 1980 serta turut serta dalam dua Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1981.
" Akibat kejadian tragis menimpa isterinya (Salinder), beliau terpaksa mmelepaskan semua kepentingannya termasuk sebagai jurulatih untuk memberi sepenuh masanya bagi menjaga isterinya."
Menurut pernyataan tuntutan difailkan pada 2019, Salinder dibawa ke jabatan kecemasan hospital berkenaan pada 21 Ogos 2016 selepas mengalami sakit yang teruk dan kebas pada lengan kiri.
Selepas itu, pesakit berkenaan dirawat di hospital tersebut.
Hakim berkenaan berkata, ada dakwaan bahawa doktor tersebut menjalankan tugas di luar bidang kelayakannya dan gagal mendiagnos dengan betul kerana hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan perubatan yang sewajar.
Disebabkan itu, Salinder dipindahkan ke hospital lain.
Memandangkan keadaannya tidak beransur pulih, Salinder yang ketika itu lumpuh dibawa pulang ke rumah sebelum meninggal dunia pada 19 Jun 2017. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kpada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya. -Gambar hiasan
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara - Mahkamah
Mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif dan kos RM40,000.
Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin
Doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.