Seorang pemuda yang kepalanya tertusuk pangkal parang sedalam lima sentimeter yang tercabut ketika dia membersihkan semak di ladang Felcra Tembeling Tengah, Jerantut semalam dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan pada Jumaat.
Bagaimanapun Mohd Ridhuan Mat Sahor, 20, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan bagi mengeluarkan pangkal parang itu.
Bapanya Mat Sahor Ahmad, 43, berkata anaknya menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 malam tadi dan doktor menyatakan anaknya itu mungkin sukar untuk bercakap kerana satu daripada uratnya masih bengkak.
"Tetapi bahagian otaknya tidak mengalami sebarang masalah walaupun terkena sedikit pangkal parang itu dan penglihatannya juga tidak terjejas.
"Berkemungkinan dia perlu dirawat selama sebulan sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika ditemui di sini, Jumaat.
Mat Sahor berkata anak sulungnya daripada lima beradik itu turut memaafkan rakan sekerja yang juga adalah kawan baiknya sejak kecil di atas kejadian itu dan menganggap ia sebagai tidak disengajakan.
"Anak saya sempat berpesan kepada saya sejurus selepas kemalangan itu supaya jangan marahkan rakannya yang dikenali sebagai Din. Berkali-kali dia berkata abah, jangan marah Din, dia tidak sengaja.
"Saya dan keluarga redha dengan apa yang terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu. Tiada apa lagi yang hendak diungkitkan kerana kawan dia sudah menyatakan kekesalannya sehingga menangis meminta maaf," katanya.
Mat Sahor berharap anaknya kembali sihat seperti biasa tambahan pula isteri anaknya sedang mengandung empat bulan.
Mohd Ridhuan terkena bilah parang parang itu milik rakannya selepas pangkalnya tiba-tiba tercabut dan melayang ke arah mangsa dan tertusuk di kepalanya.
Mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh sebelum dihantar ke HTAA.
Bernama
Sat Nov 01 2014
![Doktor berjaya keluarkan bilah parang dari kepala seorang pemuda Doktor berjaya keluarkan bilah parang dari kepala seorang pemuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61414820380_295x200.jpg)
Mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh sebelum dihantar ke HTAA. - Foto Fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![HTAA hospital pertama di Pantai Timur laksanakan pembedahan secara sedar HTAA hospital pertama di Pantai Timur laksanakan pembedahan secara sedar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686329399_AzimiYunus.jpg)
HTAA hospital pertama di Pantai Timur laksanakan pembedahan secara sedar
Pembedahan ke atas pesakit berusia 38 tahun yang menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma itu telah berlangsung selama lima jam.
![Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687425572_Babyhands.jpg)
Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
![HTAA bakal jadi hospital pengajar perubatan sukan HTAA bakal jadi hospital pengajar perubatan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686329399_AzimiYunus.jpg)
HTAA bakal jadi hospital pengajar perubatan sukan
Ia dijangka dapat direalisasikan pada 2024 selepas mendapat pengiktirafan Universiti Malaya (UM).
![Pembinaan blok wanita, kanak-kanak HTAA akan disegera - Dr Zaliha Pembinaan blok wanita, kanak-kanak HTAA akan disegera - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685358500_HospitalTengkuAmpu.jpg)
Pembinaan blok wanita, kanak-kanak HTAA akan disegera - Dr Zaliha
Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang merupakan salah satu projek berskala besar di Pahang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
![Eksekutif pemasaran maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori dan MPV Eksekutif pemasaran maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori dan MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677505605_TBeksiden.jpg)
Eksekutif pemasaran maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori dan MPV
MPV dipandu pelajar perempuan dipercayai mengubah haluan sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.
![Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673320867_wanitasaratmengand.jpg)
Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan
Penerbangan ihsan membawa wanita itu menggunakan helikopter jenis Agusta AW139 milik Maritim Malaysia.
![Kebakaran kecil di HTAA, punca kejadian masih disiasat Kebakaran kecil di HTAA, punca kejadian masih disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-06/41497878696_HTAA.jpg)
Kebakaran kecil di HTAA, punca kejadian masih disiasat
Kejadian itu telah menjejaskan bekalan elektrik kepada sistem perubatan termasuk sistem penghawa dingin dan hampagas di blok utama hospital.
![Wanita terjun jambatan diselamatkan nelayan Wanita terjun jambatan diselamatkan nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654912337_bunuhdiri.jpg)
Wanita terjun jambatan diselamatkan nelayan
Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan.
![Agong, Permaisuri berkenan lawat mangsa kebakaran Agong, Permaisuri berkenan lawat mangsa kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651140832_TBagong.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan lawat mangsa kebakaran
Seri Paduka Baginda Berdua meluangkan masa hampir 35 minit melawat mangsa di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.
![Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19 Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.