ALOR SETAR:Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas dua pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau membeli kenderaan itu untuk kegunaan peribadi.
Dua pemimpin pembangkang itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengakalan Kundor, Dr Ismail Salleh.
Muhammad Sanusi juga mengambil tindakan sama ke atas dua lagi individu lain yang tidak dimaklumkan nama mereka.
Menurut Muhammad Sanusi, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset Syarikat Air Darul Aman (SADA) secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.
Bakan, Muhammad Sanusi difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai kanan SADA.
“Saya telah melantik beberapa peguam untuk memulakan prosiding saman fitnah kepada beberapa pemimpin pembangkang berkaitan dengan tuduhan saya membeli kereta Vellfire.
“Saya telah melihat beberapa tulisan dan juga (siaran) Live Facebook pemimpin-pemimpin pembangkang yang bertaraf ikan jerung dan ikan bilis … semua ini akan termasuk dalam senarai yang akan saya tentukan,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mengunjungi ke Ibu Pejabat SADA bagi meneliti dokumen pembelian kenderaan terbabit dan berjumpa pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang baru dibeli itu kini berada di Ibu Pejabat SADA.
Syarikat utiliti berkenaan turut membeli pelbagai aset seperti lori tangki dan pam air bagi kegunaan operasi.
Penjelasan ini, tegas Menteri Besar, perlu dibuat memandangkan terdapat tuduhan tidak berasas dilemparkan kepadanya berhubung dakwaan pemilikan kenderaan itu.
“Saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada jam 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.
"Saya hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini," jelas beliau lagi.
Kenderaan MPV mewah itu dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikasi tertinggi.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 21 2020

Muhammad Sanusi berkata, beliau hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Polis siasat video tular Vellfire guna lampu mata arah
Video kejadian dikesan tular kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

Keselamatan, keselesaan antara faktor tukar Perdana ke Vellfire - Tengku Zafrul
Faktor lain ialah Proton tidak lagi mengeluarkan model tersebut di samping mengambil kira kos pembaikan dan penyelenggaraan.

Presiden MCA Wee Ka Siong tiba menghadap Agong
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih membawa Wee Ka Siong memasuki Istana Negara pada jam 11.50 pagi.

Seorang lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan
Kemalangan melibatkan pelanggaran antara sebuah Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire, selain melibatkan sebuah Proton Saga dan Perodua Alza.

Dituduh beli Vellfire: MB Kedah saman Mahfuz Omar, Dr Ismail Salleh
Muhammad Sanusi akan failkan saman fitnah ke atas dua pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau membeli kenderaan MPV itu untuk kegunaan peribadi.

Ezzudin selamat dikebumi sebelah pusara ayah
Jenazah kanak-kanak mangsa kemalangan ngeri membabitkan beberapa kenderaan di Kilometer 446 PLUS dekat Rawang, 14 Julai lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samagagah, Permatang Pauh.

Selepas Che Ta, kereta Vellfire milik pengasas AuraWhite pula hilang
Selepas kereta pelakon Rozita Che Wan hilang beberapa hari lalu, pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam (Jumaat).

Kereta Vellfire hilang, Che Ta buat laporan polis
Kenderaan milik aktres Rozita Che Wan dilaporkan hilang pagi tadi di kediamannya di Subang Taipan.