Hasrat 50 jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah menerusi sebuah agensi pelancongan yang berpangkalan di Kota Tinggi, Johor, lebur apabila mendakwa diperdayakan agensi tersebut.
Seorang mangsa, Mazuriani Abdul Rashid, 40, berkata beliau dan tujuh yang lain sepatutnya dijadualkan bertolak ke Mekah pada Ahad ini (1 Dis) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pulang ke tanah air pada 12 Dis ini.
Bagaimanapun, beliau mendakwa telah menerima pelbagai pesanan daripada wakil agensi itu menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan terdapat masalah di saat-saat akhir.
"Lebih memburukkan keadaan, kami mendapat tahu perjalanan kumpulan jemaah dari Johor juga telah ditunda beberapa kali, selain ada 28 individu yang mengambil pakej dari agensi sama, tidak dapat ke Mekah kerana masalah dokumen," katanya.
Mazuriani merupakan antara lebih 20 individu yang ditemui pemberita, selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berhubung dakwaan itu, hari ini.
Pesara tentera, Mohammad Sabri Muda, 57, yang telah membayar pakej berjumlah RM12,844 untuknya dan isteri berkata, pihak pengurusan agensi memberikan pelbagai alasan termasuk tiket penerbangan yang belum ditempah, sedangkan tarikh berangkat ke Tanah Suci tinggal dua hari lagi.
"Disebabkan tidak sedap hati, saya berhubung dengan beberapa lagi jemaah yang juga menyertai rombongan itu, namun semuanya memberitahu turut menerima pelbagai alasan, sehingga kami sepakat untuk membuat laporan polis," katanya.
Difahamkan beberapa jemaah dari Johor juga telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap agensi pelancongan itu, yang dikatakan telah beroperasi sejak tahun 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Impian menunaikan umrah berkecai. - Gambar hiasan
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.

Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.

Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.

Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.