Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian diskaun 20 peratus ke atas pembiayaan yang diberi kepada peminjam selepas tarikh akhir 30 Sept ini.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi memberi peluang kepada peminjam menikmati diskaun itu, PTPTN akan melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan kaunter di semua pejabat PTPTN negeri, Pusat Sehenti di KL Sentral dan perkhidmatan Hotline agensi itu selama 10 hari mulai Sabtu ini.
"PTPTN menyeru supaya para peminjam yang masih belum melaksanakan bayaran balik supaya mengambil peluang untuk menikmati pemberian diskaun 20 peratus, kerana kita tidak berhasrat melanjutkan tawaran ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di pejabat PTPTN Perak di sini Khamis.
Katanya mulai 21 hingga 30 Sept ini, kaunter PTPTN di ibu pejabat, pejabat negeri dan Pusat Sehenti di KL Sentral akan beroperasi seawal 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja manakala bagi hari cuti hujung minggu dan cuti umum operasi bermula 9 pagi sehingga 6 petang.
Waktu operasi perkhidmatan Hotline PTPTN di talian 03-2080 445 pula diselaraskan bermula 8 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada cuti hujung minggu dan cuti umum, katanya.
"Kita melihat perkembangan mutakhir dengan ramai peminjam berkunjung ke pejabat kita di seluruh negara, namun mengambil kira permintaan ramai yang menghadapi kesukaran berbuat demikian kerana kekangan masa dan bekerja, kita bersetuju melanjutkan operasi kita termasuk hujung minggu dan cuti umum supaya mereka dapat berurusan dengan PTPTN," katanya.
Semasa pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan mengumumkan pemberian insentif diskaun itu kepada peminjam yang membayar secara sekali gus dalam tempoh 1 Okt 2012 hingga 30 Sept tahun ini.
Shamsul Anuar berkata bagi tempoh 1 Okt 2012 hingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 57,210 peminjam telah menyelesaikan pinjaman secara sekali gus yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM444.3 juta berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan kerajaan.
"Daripada jumlah pembiayaan itu, sebanyak RM355.4 juta kita terima sebagai bayaran balik pinjaman, manakala RM88.9 juta adalah diskaun pengurangan bayaran balik sebagai hadiah kepada peminjam PTPTN," katanya.
Daripada 57,210 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus, 3,384 peminjam adalah mereka yang disenaraihitamkan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM27.3 juta, katanya.
Bernama
Thu Sep 19 2013
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.
MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar
Setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30% daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar.
Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!
Seronok nak mengundi kali ini. Banyak sungguh tawaran diskaun produk, makanan, minuman dan pelbagai lagi yang disediakan!
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.