KUALA LUMPUR: Tindakan disenarai hitam serta-merta akan diambil terhadap mana-mana pihak termasuk syarikat, pengilang, pemborong atau peruncit yang didapati bersekongkol memanipulasi harga jualan gula putih bertapis kasar dan halus atau dinamakan 'gula rakyat' yang disubsidi kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan, malah tindakan tegas terus diambil tanpa kompromi demi menjaga kepentingan rakyat.
"Kepada pengilang, pemborang atau peruncit yang 'bermain-main' dan berkomplot dengan harga gula rakyat ini, akan menerima akibat, mereka akan didakwa, disaman dan dibawa ke mahkamah.
"Mereka yang terlibat juga akan disenaraihitamkan serta-merta, menangis air mata darah sekali pun berjumpa saya (minta tidak disenarai hitam)... saya tak berkompromi demi rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung sesi penjelasan mengenai kelulusan yang diberikan kepada syarikat gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi mengeluarkan gula putih bertapis jernih yang dinamakan sebagai gula jernih untuk pasaran runcit.
Selain itu, Salahuddin berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk mengapungkan semula harga gula namun sekiranya ekonomi sudah pulih kerajaan bersedia untuk meneliti langkah pengapungan harga barang keperluan itu.
Terdahulu ketika menjelaskan perkara itu, Salahuddin berkata MSM dan CSR dibenar untuk mengeluar dan memasarkan gula jenis baharu itu pada harga jualan runcit yang tidak dikawal oleh kerajaan atau pengapungan harga mengikut pasaran.
"Mengambil kira kos pengeluaran industri gula tempatan termasuk tanggungan kerajaan sekiranya melibatkan pemberian subsidi maka kementerian membenarkan pengeluaran gula jernih untuk dijual di pasaran runcit bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengguna," katanya.
Pada sesi itu, lima Ahli Parlimen meminta penjelasan lanjut selain rata-rata menyatakan kebimbangan bahawa langkah penjualan gula jernih akan menyebabkan berlaku lebih banyak kes pencatutan harga dan menyembunyikan bekalan gula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
![Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71682990679_SugarGeneric.jpg)
Kerajaan memberi amaran kepada pihak yang bersekongkol memanipulasi harga jualan gula putih bertapis kasar dan halus atau dinamakan 'gula rakyat' yang disubsidi kerajaan. - Gambar hiasan
![Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262284_TembakSetiaAlam.jpg)
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
![Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719733785_FuziahSalleh.jpg)
Kerajaan beri jaminan tiada kenaikan harga gula - Fuziah
Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
![Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699580916_TBFeldajpg.jpg)
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
![Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696628984_harvestedsugarcane.jpg)
Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino
Keadaan itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
![Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71682990679_SugarGeneric.jpg)
Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN
Salahuddin berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan.
![Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686648960_SalahuddinAyub.jpg)
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
![Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684735742_SalahuddinAyub.jpg)
Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin
Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu.
![MSM Malaysia minta kerajaan semak semula harga gula MSM Malaysia minta kerajaan semak semula harga gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653048691_Gula.jpg)
MSM Malaysia minta kerajaan semak semula harga gula
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan untuk menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan.
![Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472633861_SugarGeneric.jpg)
Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kejatuhan nilai Ringgit di peringkat global turut menjadi penyumbang kepada kenaikan tersebut.
![Hapus subsidi gula, peniaga minuman ambil sikap 'tunggu dan lihat' Hapus subsidi gula, peniaga minuman ambil sikap 'tunggu dan lihat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51382831805_295x200.jpg)
Hapus subsidi gula, peniaga minuman ambil sikap 'tunggu dan lihat'
Tinjauan di kedai-kedai makan sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui masih belum lagi menaikkan harga minuman.