Tinjauan di kedai-kedai makan sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui belum lagi menaikkan harga minuman sebaliknya mengambil sikap 'tunggu dan lihat'
Jangkaan kenaikan harga minuman adalah susulan pemansuhan subsidi gula oleh kerajaan yang berkuatkuasa 26 Oktober seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2014.
Namun begitu, ramai di kalangan peniaga yang ditemui berkata kemungkinan harga minuman akan mula dinaikkan sekitar minggu ini.
“Setakat ini tiada arahan dari bos, tetapi mungkin harga akan dinaikkan minggu ini” menurut pengurus sebuah kedai makan yang mahu dikenali sebagai Mogesh ketika ditemui Astro AWANI.
Seorang lagi pengusaha kedai makan, Mishah Mari menyatakan yang beliau tidak sampai hati menaikkan harga ketika ini kerana sebarang kenaikan harga minuman bakal mengundang rasa kurang senang dari pelanggannya.
“Takut orang marah kalau harga naik, tapi nak buat macam mana harga gula naik tinggi” jelasnya lagi.
Kebanyakkan peniaga yang sempat ditemubual berkata harga minuman akan dinaikkan sebanyak 10 sen dari harga asal.
Sementara itu menurut seorang pengurus pemasaran produk minuman terkemuka negara, Tee Yeo Loon, produk minuman yang dikilangkan tidak akan mengalami kenaikan harga susulan penghapusan subsidi gula itu.
"Subsidi gula memang sudah lama dimansuhkan oleh kerajaan untuk pengilang dan pengeluar produk minuman. Pihak pengeluar tidak terkesan kerana selama ini membeli gula dengan harga pasaran bukan harga subsidi.
Kenaikkan harga produk boleh terjadi jika ada kenaikan harga untuk bahan mentah import, material bungkusan atau harga minyak dan bukan disebabkan gula" terangnya lagi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kenaikan harga gula pasti akan memberi kesan ke atas barangan lain.
“Kesan ke atas harga gula itu tidaklah banyak rasanya, tetapi apa yang kita bimbangkan ialah perkara ini akan mengakibatkan harga minuman akan meningkat.
“Ini akan mengakibatkan banyak harga barangan yang menggunakan bahan asas ini juga akan naik dan perbelanjaan rakyat sekaligus akan terjejas” tegasnya lagi.
Selain itu, pembaca Astro AWANI di Facebook turut meluahkan rasa bimbang ekoran kenaikkan harga gula ini.
Najib Nordin menyeru rakyat untuk bersiap sedia menerima kesan kenaikkan harga.
“Bersiaplah kita dengan rantaian kesan kenaikan”
Ami Azmi pula berkata yang kesan kenaikan harga gula ini bakal menyebabkan harga minuman naik.
“Gula naik, air di kedai pun mesti naik”
Yang Farina Abdul Aziz pula memberikan komen positif agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula.
“Kurangkan gula dalam diet. Gaya hidup sihat. Insyallah”
Harga gula untuk pengguna dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sekilogram bermula Sabtu.
Azyyati Ahmad
Sun Oct 27 2013
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.