KOTA KINABALU: Hari Malaysia 2021 yang disambut di Sabah tahun ini akan diraikan dalam skala kecil selain mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Walaupun berskala kecil, sambutan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu juga antara lain mahu membangkit semangat memperingati hari penubuhan Malaysia.
Bagi Pengurus Bahagian Persembahan dan Pembangunan Artistik Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Supian Buang, persiapan perjalanan persembahan untuk sambutan itu kali ini cukup mencabar kerana diadakan ketika pandemik.
Bagaimanapun, katanya segala persiapan berjalan lancar selain pihaknya melakukan 'Pelan B', jika berlaku perubahan mengikut keadaan semasa.
"Jadi persiapan yang kami lakukan sekarang ini ialah perubahan-perubahan dari segi segmen-segmen untuk persembahan ini.
"Untuk cabaran ini memang kita mempersiapkan juga rakaman persembahan dan pada masa yang sama, hanya 50 orang artis budaya sahaja yang perlu hadir untuk buat persembahan secara langsung," katanya ketika ditemui di SICC, petang tadi.
Selain itu, dari segi konsep persembahan, pihaknya tampil kreatif bukan hanya memperingati sejarah penubuhan Malaysia, tetapi juga mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19.
Malah, jelas Supian, lima konsep dan elemen akan ditonjolkan pada persembahan sempena Hari Malaysia yang diadakan selama 90 minit itu.
"Dari segi konsep pula, kita mengangkat konsep-konsep seperti jika kita lihat sekarang ini, keadaan pandemik yang melanda negara kita, kita memperingatkan semangat untuk berjuang.
"Bukan sekadar untuk memperingati Hari Malaysia, tapi melihat dari sudut semangat juang kita untuk mengangkat negara kita seperti dahulu yang makmur dan juga sihat tanpa ada penyakit yang kita lihat sekarang inilah," katanya lagi.
Sambutan Hari Malaysia 2021 dijangka akan dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Majlis sambutan itu akan bermula pada pukul 8 malam, pada Khamis ini.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Sep 14 2021

Katanya segala persiapan berjalan lancar selain pihaknya melakukan 'Pelan B', jika berlaku perubahan mengikut keadaan semasa.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Sabah harap siri rundingan MA63 diterus dan disegerakan
Sabah meletakkan harapan agar siri rundingan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963(MKMA63) dapat diteruskan dan disambung dengan kadar segera.

PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis.

Disebalik perjalanan lancar dan cabaran persiapan Hari Malaysia 2021
Hari Malaysia 2021 yang disambut di Sabah tahun ini akan diraikan dalam skala kecil selain mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Sabah tuan rumah Hari Malaysia 2021
Sabah sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia 2021, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.