"Nampak tangan terkeluar daripada plastik hitam, kami sangkakan anak patung rupanya-rupanya bayi," kata Mohd Amran Razak, 45 tahun, antara saksi terawal menemui mayat bayi lelaki di tempat pelupusan sampah, Bukit Lat, Kg Serdang.
Mayat yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang.
Mayat bayi malang itu juga dipercayai dibuang ke dalam tong sampah di sekitar Dungun sebelum diangkut oleh lori sampah ke pusat pelupusan tersebut.
Mohd Amran berkata, salah seorang kawannya yang juga pemungut sampah memanggilnya mengatakan ada patung 'baby' di dalam plastik hitam.
Bagaimanapun, dia amat terkejut apabila plastik hitam dikoyak rupanya-rupanya objek itu adalah seorang bayi lelaki.
"Pada awalnya kami tidak tahu ada bayi di dalam bungkusan plastik hitam itu tetapi memang kerja pengutip sampah akan koyak plastik yang ada.
"Apabila dikoyak terkeluar tangan, kami sangkakan patung tetapi apabila dikoyak keseluruhan rupanya-rupanya bayi yang masih bertali pusat.
"Saya tekan di bahagian lengan untuk kesahihan sama ada patung atau bayi dan memang itu adalah bayi," katanya.
Katanya, menyedari objek itu bukan anak patung, dia segera menghubungi polis.
"Memang tidak sangka dan sepanjang lapan tahun bekerja sebagai pengutip sampah di sini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini.
"Memang saya sedih tambahan pula sekarang bulan puasa,"katanya.
Rakannya, Noriati Hamzah, 49 tahun, berkata dia mengigil kerana terlalu terkejut dengan penemuan mayat bayi malang tersebut.
"Memang saya sangat terkejut dan timbul rasa sedih sehingga mengeletar tubuh badan melihat kejadian seperti ini.
"Saya lihat keadaan itu, saya cakap kasihannya dekat bayi ini sanggup diperlakukan sedemikian.
"Saya bekerja di sini sejak tahun 2015 dan ini kejadian paling menyayat hati," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Pasukan forensik dikejarkan ke lokasi untuk tindakan lanjut sebelum mayat dibawa ke Hospital Dungun.
Pihak polis juga telah mengarahkan penyiasatan dan pemeriksaan di seluruh klinik kesihatan serta hospital bagi mencari pihak tidak bertanggungjawab sekiranya ada mendapatkan rawatan selepas melahirkan bayi.
Sinar Harian
Mon Jun 04 2018

Mayat yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang. - Foto Sinar Harian

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Sheila Mambo cerita detik seram anak patung menangis siang malam
Setiap orang pasti punyai memori zaman kanak-kanak terutamanya yang gemar bermain anak patung!

Mattel perkenalkan patung Barbie dengan sindrom Down
Patung itu dihasilkan dengan beberapa ciri yang berbeza dengan patung Barbie lain, antaranya badan yang lebih panjang.

Patung Squid Game benar-benar wujud, lagu 'berhantu' jadi fenomena
Patung itu dibuat khusus untuk siri berkenaan, dan mengikut perjanjian, ia akan disimpan di muzium tersebut selepas tamat penggambaran.

Terlalu sayangkan 'teddy bear', wanita terkena gangguan misteri
Kita disyorkan supaya mengelakkan permainan patung itu supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan pemujaan.

'Comel macam anak patung!' - Netizen cair tengok anak Fizo dan Mawar
Dalam foto yang tular itu, Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam dipakaikan rambut palsu panjang paras pinggang dan dirakamkan dalam pelbagai aksi mencuit hati.

Disangkakan anak patung, rupanya bayi
Mayat bayi malang itu juga dipercayai dibuang ke dalam tong sampah di sekitar Dungun sebelum diangkut oleh lori sampah ke pusat pelupusan tersebut.

Kanak-kanak jahit anak patung untuk bahagiakan kanak-kanak lain
Koleksi anak patung yang dihasilkan oleh syarikat yang dinamakan Stitches by Charlotte itu direka khas untuk kanak-kanak yang sedang menjalani pembedahan.

Ibu terkejut anak perempuan main patung miliki kemaluan lelaki
Anak patung permainan kanak-kanak perempuan disertakan dengan alat kemaluan lelaki.

Coolnya! Achey naik RXZ hantar 'teddy bear' gergasi untuk Abam
Jika sebelum ini penghantaran ‘Teddy Bear’ gergasi sinonim sebagai hadiah yang diberikan oleh teman lelaki kepada kekasih namun lain pula baginya buat pelawak Achey Bocey.

Anak patung 'anti-Barbie' mula dijual di AS
Anak patung Lammily yang mula dijual di AS digambarkan sebagai rendah, berambut perang gelap, berukuran tubuh biasa dan juga mempunyai tanda selulit dan jerawat.