KEMAMAN: Seorang lelaki cedera selepas ditembak rakannya selepas disangkakan seekor monyet dalam kejadian di Kerteh, di sini, pada Selasa.
Insiden kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa berumur 54 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri selepas terkena peluru penabur rakannya itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memanjat pokok manggis di dalam kebun miliknya.
Katanya, suspek berusia 69 tahun datang ke kebun mangsa dengan membawa selaras senapang patah.
Hanyan berkata, melihat pokok manggis itu bergoyang dan menyangkakan ada sekawan monyet, suspek bertindak melepaskan tembakan.
Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.
Jelasnya lagi pihaknya telah merampas selaras senapang patah dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang permit serta lesen pemilikan senjata api.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 dan 37 Akta Senjata Api 1990.
Nur Fazlizai Ali
Wed Sep 13 2023

Polis telah merampas selaras senapang patah dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. - Foto PDRM

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas
Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.

Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter
Netizen menyatakan monyet semakin 'bijak' apabila memilih telefon berjenama mahal dan berunding dengan manusia untuk mendapatkan makanan.

Disangka monyet, lelaki cedera ditembak rakan
Mangsa berumur 54 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri selepas terkena peluru penabur rakannya itu.

Monyet hunus pisau di zoo
Beberapa pengunjung menganggap ia seperti babak dalam filem Planet of the Apes.

Monyet tersepit pada roda motosikal
Ia hanya tersepit pada roda hadapan motosikal itu mengakibatkan beberapa orang membantu untuk menyelamatkan haiwan yang tersepit itu.

Pelancong wanita cedera diserang monyet di Taj Mahal
Seorang wanita cedera selepas diserang monyet ketika sedang asyik mengambil gambar di sekitar Taj Mahal, semalam.

Serangan kera semakin kerap, pihak berkuasa Jepun guna senjata penenang
Japanese macaque biasanya boleh dilihat di sebahagian besar negara itu, dan adakalanya menjadi haiwan perosak di sesetengah kawasan.

Kesemua 100 monyet terlibat dalam nahas jalan raya berjaya dikesan
Lori membawa kesemua haiwan itu dalam perjalanan ke fasiliti yang diluluskan CDC selepas tiba di di New York dari Mauritius.

Tiada pelancong datang menghulur, monyet Bali kini kebulur, habis dibongkar isi dapur
Apabila pandemik merebak pada tahun lalu, kedatangan pelancong antarabangsa ke lokasi popular itu merosot secara dramatik.

Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).