KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat Nasi Kukus Tonggek (NKT) Group Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap salah seorang bekas pemegang lesen perniagaan syarikat itu yang didakwa menuduh mereka sebagai 'scammer' dan 'penunggang agama'.
Tuntutan saman itu dikemukakan oleh Muhammad Nur Aiman Basuni, 28, dan isterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa, 29, serta syarikat mereka sebagai plaintif.
Mereka menamakan pemilik syarikat Produklega Supplies, Muhammad Afiq Faisal Shamshuri, 32, sebagai defendan pertama dan Nur Hazreen Mohd Ramzi, 32, yang juga bekas pemegang lesen perniagaan jenama NKT, sebagai defendan kedua dalam saman yang difailkan pada 6 September lalu melalui menerusi peguam Datuk Adnan Seman.
Tarikh sebutan kes itu belum diputuskan lagi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam writ saman yang dikeluarkan Tetuan Adnan Sharida & Associates, plaintif mendakwa defendan kedua ada membuat, menyiarkan dan menerbitkan sembilan kumpulan penyataan fitnah melalui akaun Twitter @reenramzi, bermula 3 Julai 2021 sehingga 3 September lalu.
Antara kenyataan fitnah dikemukakan defendan kedua adalah kedua-dua plaintif didakwa 'scammer' alaf baharu, penunggang agama, sukar dihubungi dan gagal memenuhi tuntutan perjanjian pelesenan untuk membuka outlet NKT di Setia Alam sehingga kini.
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu dibuat tanpa sebarang asas, mencemarkan reputasi dan berniat jahat.
Plaintif antara lain menerangkan mereka memberi kebenaran menggunakan lesen NKT kepada defendan bagi tujuan perniagaan berbentuk 'delivery hub' di sebuah premis di Setia Alam dan bentuk perniagaan lot kedai di pasar raya Aeon Kota Bharu pada 13 Februari lalu.
"Dakwaan plaintif gagal memenuhi perjanjian pelesenan untuk membolehkan premis NKT di Setia Alam beroperasi juga tidak tepat kerana defendan sudah mengetahui lebih awal projek renovasi premis tergendala akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Selain itu, dalam perjanjian pelesenan, kedua-dua pihak bersetuju kos renovasi ditanggung sendiri oleh pihak defendan dengan pihak kami hanya menguruskan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), bomba dan lain-lain kerja bagi membolehkan cawangan perniagaan NKT di Setia Alam dapat dimulakan.
"Justeru, plaintif tidak boleh dipersalahkan kerana urusan mendapatkan lesen PBT dan bomba tidak dapat dibuat susulan kontraktor defendan sendiri tidak dapat memuktamadkan kerja-kerja renovasi," kata Adnan dalam satu sidang media secara maya pada Selasa.
Selain itu, plaintif turut menafikan mereka cuba mengelak daripada mengadakan pertemuan dengan defendan bagi membincangkan soal 'exit plan' susulan defendan tidak lagi berminat untuk meneruskan perjanjian perlesenan dengan NKT.
Plaintif juga mengenal pasti defendan telah membuat beberapa kesalahan material semasa mengendalikan perniagaan NKT di Aeon Kota Bharu.
Kesalahan itu seperti defendan gagal menggunakan pakej NKT yang diumum pakai oleh semua pemegang lesen perniagaan NKT, tidak turut serta dalam pelancaran menu baharu iaitu NKT Daging Harimau Menangis selain aduan daripada pelanggan.
Bagi mengelakkan defendan mengulangi kesilapan sama dan merosakkan reputasi plaintif, satu surat amaran dikeluarkan plaintif pertama menerusi Bason Group Holding Sdn Bhd pada 25 Julai 2021.
Pada masa sama, plaintif turut menafikan tuduhan defendan bahawa terdapat pengiraan salah terhadap hasil jualan diperoleh daripada outlet NKT di Aeon Kota Bharu.
Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi mahkamah bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan penyataan-penyataan fitnah daripada mana-mana platform media.
Plaintif juga menuntut defendan memulangkan semula manual pelan perniagaan NKT susulan penamatan perjanjian pelesenan pada 27 Ogos lalu.
Plaintif turut menuntut kedua-dua defendan memohon maaf dalam tempoh 48 jam, memadamkan semua hantaran atau ciapan berbaur fitnah di semua platform media sosial serta tuntutan ganti rugi.
"Meskipun kes ini sudah dibawa ke mahkamah, ruang untuk proses mediasi masih terbuka luas kepada defendan," kata Adnan lagi.
Sementara itu, Muhammad Nur Aiman berharap tuntutan saman fitnah ini dapat menjernihkan kembali kemelut yang melanda perniagaan syarikat serta mengembalikan keyakinan pelanggan serta 17 pemegang pelesenan NKT yang terus setia bersamanya.
Jelas beliau, syarikat NKT tidak pernah sesekali cuba mengabaikan kebajikan dan permasalahan dihadapi setiap pemegang lesennya, bahkan terdapat sebilangan mereka yang sudah membuka cawangan NKT lebih daripada satu outlet.
"Banyak pemegang lesen NKT yang menyuarakan rasa bimbang tindakan serangan media sosial oleh defendan akan menjejaskan hasil perniagaan mereka.
"Kami berharap tindakan mahkamah yang diambil terhadap defendan dapat melenyapkan segala spekulasi serta publisiti buruk yang mungkin merosakkan imej NKT pada masa akan datang," katanya.
Sinar Harian
Tue Sep 07 2021
![Dilabel 'penunggang agama', pemilik 'Nasi Kukus Tonggek' fail saman Dilabel 'penunggang agama', pemilik 'Nasi Kukus Tonggek' fail saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631018608_MuhammadNurAiman.jpg)
Muhammad Nur Aiman (kanan) dan isterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa menunjukkan penyata writ saman difailkan terhadap bekas pemegang lesen perniagaan NKT kerana memfitnah mereka sebagai 'scammer'. - Foto Sinar Harian
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Dilabel 'penunggang agama', pemilik 'Nasi Kukus Tonggek' fail saman Dilabel 'penunggang agama', pemilik 'Nasi Kukus Tonggek' fail saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631018608_MuhammadNurAiman.jpg)
Dilabel 'penunggang agama', pemilik 'Nasi Kukus Tonggek' fail saman
Pemilik Nasi Kukus Tonggek Group Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap salah seorang bekas pemegang lesen perniagaan syarikat yang didakwa menuduh mereka sebagai 'scammer' dan 'penunggang agama'.