Menurut beberapa hantaran oleh pengguna platform, Abdul Syakur dirasakan tidak layak memandangkan dia merupakan anak kepada bekas menteri dan dirasakan mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain.
“Anak bekas menteri, bekas mufti pun dapat biasiswa. Tak faham aku,” tulis seorang pengguna media sosial.
Enggan berdiam diri, Dr Zulkifli membalas ciapan berkenaan.
![](https://img.astroawani.com/2023-09/81695439036_freesize.jpg)
“Memandangkan ini melibatkan wang zakat, saya amat sarankan saudara teliti maksud ‘asnaf fi sabilillah’ bagi pengurusan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
"Boleh rujuk juga laporan tahunan agihan zakat. Semuanya siap diaudit dan boleh diakses oleh masyarakat awam.
"Ribuan anak-anak asnaf fakir miskin terima manfaat zakat setiap tahun untuk menyambung pengajian daripada peringkat sekolah sehingga ke universiti. Terima kasih,” tulisnya.
Untuk rekod, lapan golongan yang layak menerima zakat dan digelar asnaf adalah:
1- Fakir
2- Miskin
3- Amil
4- Muallaf
5- ar Riqab (memerdekakan orang islam dari perhambaan)
6- al Gharimin (golongan yang berhutang)
7- Fi Sabilillah
8- Ibn Sabil. -Gempak