Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dari DAP, Fong Pau Teck mengambil sikap enggan memberi sebarang kenyataan biarpun dikenakan tindakan disiplin oleh parti itu.
"No comment....no comment...no comment," tegas Pau Teck kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan disiplin yang kenakan terhadap beliau,
Pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan jawatankuasa tersebut berdasarkan tindakan Pau Teck yang sering menunjukkan perbuatan ingkar dan melanggar disiplin parti dalam banyak kes.
Kok Wai menyatakan bahawa keputusan tindakan disiplin kepada ADUN Pujut tu mengambil kira kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.
Katanya, tindakan Pau Teck itu merupakan contoh yang tidak baik kepada parti dan tidak boleh dimaafkan dan jawatankuasa disiplin sebulat suara telah memutuskan untuk mengambil tindakan tersebut.
Bagaimanapun,jawatankuasa disiplin DAP turut memberikan masa sebanyak 14 hari kepada Pau Teck untuk membuat rayuan secara rasmi kepada parti tersebut .
Pau Teck diambil tindakan disiplin tersebut akibat keengganan beliau membayar yuran bulanan yang mandatori kepada parti tersebut selain kegagalan beliau membayar tunggakan hasil kenaikan elaun ADUN yang perlu dibayar oleh seseorang ADUN kepada parti.
DAP telah menetapkan semua ADUN yang mewakili parti itu diwajibkan membayar 10 peratus daripada gaji sebagai ADUN dan keengganan Fong itu menunjukkan sikap melanggar arahan dan tidak menghormati parti yang diwakilinya disamping menbelakangkan arahan yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti.
Walaubagaimanapun, Pau Teck dalam kenyataannya kepada media sebelumnya menyatakan bahawa dia akan membuat kenyataan rasmi kepada pihak media selepas tamat persidangan DUN pada 27 November ini.
Astro Awani
Tue Nov 19 2013

Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hilang kelayakan ADUN Pujut, Dr Ting akan adakan sidang media
"Tunggu sidang media Khamis ini di Miri, saya akan jawab", itu respon ringkas Dr Ting Tiong Choon ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Terlucut dengan keputusan 7-2, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon hilang kerusi
Dr Ting Tiong Choon dari DAP hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Dikenakan tindakan disiplin: ADUN Pujut enggan komen
Pau Teck dalam kenyataannya kepada media sebelumnya menyatakan dia akan membuat kenyataan rasmi kepada pihak media selepas tamat sidang DUN.